27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Stadium Nasional: Penganjur konsert tempah sejak 2019

Manakala FAM hanya mengesahkan tempahan stadium tersebut bagi perlawanan Piala AFF pada Ogos tahun lalu.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIADA apa lagi yang boleh dilakukan melainkan hadap sahajalah pentas konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika aksi Harimau Malaya menentang Thailand dalam perlawanan separuh akhir Piala AFF, Sabtu ini.

Ini kerana, penganjur konsert Jelajah Dunia Jay Chou ternyata sudah menempah untuk menggunakan stadium tersebut sejak empat tahun lalu manakala Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hanya mengesahkan tempahan lokasi sama pada Ogos tahun lalu.

Demikian penjelasan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berhubung keputusan FAM yang hanya menawarkan 59,000 tiket bagi menyaksikan perlawanan Malaysia-Thailand itu.

Manakala baki 21,000 lagi tidak dapat dikeluarkan berikutan adanya pentas konsert yang sedang giat dipasang bagi persembahan penyanyi antarabangsa Taiwan itu pada 15 Januari ini.

Booking (tempahan) stadium konsert Jay Chou World Tour dibuat 13 Mac 2019 manakala AFF 2022 oleh FAM dibuat 18 Ogos 2022.

“Konsert perlu 14 hari pasang pentas oleh 500 krew+185 krew antarabangsa, 45 jentera berat, 200 speaker dan 800 lampu. Mereka dah delay (lambat) 2.5 hari bagi ruang AFF,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Hannah menjawab keluhan peminat dan penyokong Harimau Malaya yang kecewa kerana 21,000 tempat duduk terpaksa dikosongkan ekoran terhalang oleh pentas konsert.

Rata-rata tidak berpuas hati kerana dalam aksi penting bagi memastikan Harimau Malaya mara ke pentas akhir Piala AFF, mereka memerlukan sokongan semaksimum mungkin penyokong tempatan.

Dalam aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Singapura Selasa lalu, lebih 65,000 ‘ekor harimau’ memenuhi stadium keramat tersebut yang menyaksi anak-anak buah Kim Pan-Gon berjaya menumbangkan Singa Selatan itu 4-1.

Jadi, dengan berkurangnya tiket sebanyak 21,000 bermakna hanya 59,000 penonton sahaja dapat hadir ke Stadium Nasional, Sabtu ini dan difahamkam jumlah tiket tersebut telah habis terjual.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan