26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, January 30, 2023

DUN Negeri Sembilan bubar Mei atau Jun ini

Keputusan selari dengan pendirian kerajaan negeri sebelum ini yang mahu memberikan khidmat genap selama lima tahun.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan dibubarkan pada Mei atau Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, memasuki tahun baru ini fokus utama kerajaan negeri bagi memberi ruang kepada proses pemulihan ekonomi negeri.

“Keputusan itu juga selari dengan pendirian kerajaan negeri sebelum ini yang mahu memberikan khidmat genap selama lima tahun.

“Awal dulu kita dah maklumkan Insya-Allah Allah sekitar bulan Mei atau Jun (bubar), bermakna kita sampai ke penghujungnya kerana kita rasa bahawa mandat diberikan sebelum ini adalah (untuk) lima tahun.

“Kita gunakan tahun ini dengan baik untuk pastikan negeri dapat ditadbir sebaik mungkin kerana dalam keadaan sekarang ini politiknya juga agak dinamik dan tidaklah runsing sangat,” katanya.

Baca juga:   16 sungai berada paras bahaya sehingga 11 malam tadi

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perhimpunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2023 di Dewan Theatrette, Wisma Negeri di Seremban hari ini.

Mengulas lanjut ujarnya, meskipun dinamik politik negara dan negeri dilihat stabil ketika ini, namun fokus kepada isu itu tidak perlu diberi keutamaan memandangkan keharmonian masyarakat lebih utama.

“Kita tidak mahulah asyik cerita soal politik, tetapi apa pun saya rasa kita tetap kena hadapi supaya kita boleh dilihat sebagai negara dan negeri yang mempunyai potensi masa depan dalam bidang ekonomi.

Baca juga:   Sajak Najib kepada rakyat, penyokong setianya

“Kita tidak mahu orang lari kerana (kita) sibuk berpolitik, jadi kita harap dalam tempoh berbaki Januari sehingga Mei ini kita dapat lah lakukan yang terbaik untuk negeri dan juga negara,” katanya. – BERNAMA

Wartawan

Terkini

Wanita dituduh bunuh bekas suami di Sabah

SEORANG wanita tempatan dihadapkan di Mahkamah Majistret Tawau, Sabah, hari ini, atas tuduhan membunuh pemandu e-hailing yang juga bekas...

Lagi Artikel Berkaitan