28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Tiada pertandingan : Keputusan ikut Perlembagaan UMNO

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang memuktamadkan tiada pertandingan untuk dua jawatan tertinggi parti dalam pemilihan tahun ini, sah mengikut perlembagaan UMNO.

Malah, beliau menegaskan, sebarang keputusan yang dimuktamadkan dalam PAU adalah keputusan peringkat tertinggi dalam UMNO berdasarkan perlembagaan parti itu.

“Pengerusi Tetap telah melakukan sepenuhnya perkara perkara yang ada perlembagaan parti dengan sebaiknya.

“Ini termasuk dua pertambahan usul itu sendiri,”katanya dalam sidang media hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, pastinya keputusan PAU 2022 itu telah dikaji oleh perwakilan berkenaan baik atau buruknya dua usul itu.

Advertisements

“Kami berdualah khususnya, kami tidak mengikuti bagaimana pencadang dan penyokong itu melakukan ucapannya, tetapi akhirnya menentukan keputusan itu.

“Daripada jurucakap-jurucakap perwakilan,
rasional untuk perkara ini telah diperincikan oleh semua jurucakap dari seluruh negara.

“Maka keputusan tadi adalah muktamad, sesuai dengan apa yang saya nyatakan dalam wawancara atau pun dalam media bahawa kami menyerahkan perkara ini kepada perwakilan untuk menentukannya,”katanya.

Terdahulu, hampir keseluruhan perwakilan PAU 2022 menyokong penuh dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan pada pemilihan tahun ini.

Keputusan itu menyebabkan Ahmad Zahid dan Mohamad kekal menjadi Presiden dan Timbalan Presiden UMNO untuk lima tahun lagi. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tujuh wira, tiga wirawati korban nahas helikopter TUDM

NAHAS dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertembung sebelum terhempas di Kompleks Sukan TLDM Lumut mengorbankan tujuh...

Lagi Artikel Berkaitan