32.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

2 jawatan tertinggi UMNO sah tidak dipertandingkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA jawatan tertinggi UMNO melibatkan Presiden dan Timbalan sah tidak dipertandingkan pada Pemilihan UMNO akan datang.

Keputusan itu dicapai hasil persetujuan majoriti daripada perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022).

Perkara itu turut disahkan Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil dalam kemas kini di laman Facebook beliau sebentar tadi.

“Alhamdulillah setelah dicadang dan dibahas, semua usul yang dibawa oleh perwakilan-perwakilan UMNO dari negeri-negeri di seluruh Malaysia termasuk usul tambahan (supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dikekalkan dan tidak dicabar pada pemilihan tahun ini) telah diterima dan disokong oleh hampir semua perwakilan dalam Dewan Merdeka petang ini,” katanya.

Isu pemilihan UMNO menjadi tumpuan ramai selepas wujud cadangan agar dua jawatan tertinggi dalam parti Melayu terbesar itu tidak dicabar.

Ahmad Zahid menang jawatan Presiden untuk tempoh 2018-2021 pada Pemilihan UMNO 2018.

Advertisements

Beliau menewaskan pencabarnya termasuk Khairy Jamaluddin dan bekas Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Ahmad Zahid memperoleh 93 undi, Khairy (51 undi), manakala Tengku Razaleigh ataupun Ku Li mendapat 23 undi.

Mohamad yang merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan pula menang dengan 75 undi menewaskan bekas Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa bagi saingan jawatan Timbalan Presiden.

Difahamkan, kira-kira 98 peratus perwakilan menyokong usul tambahan yang dibawa oleh wakil Negeri Sembilan, Mohd. Shukri Shamsuddin semalam.

Bagaimanapun, setakat ini UMNO belum mengeluarkan pengumuman rasmi mengenai kelulusan usul tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

CENTHRA gesa kerajaan mansuh undang-undang tindas hak asasi

PEMANSUHAN undang-undang yang menindas hak asasi manusia perlu menjadi keutamaan kerajaan kerana langkah tersebut dilihat sejajar dengan piawaian hak...

Lagi Artikel Berkaitan