24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Syarikat Hyundai Oilbank beri bonus 120 bulan kepada pekerja

Syarikat itu meraih 2.8 trilion won sekali gus mendorong pekerjanya diberi bonus 1,000 peratus daripada gaji tahunan mereka.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SYARIKAT minyak dan gas yang berpangkalan di Korea Selatan, Hyundai Oilbank baru-baru ini mengumumkan pemberian bonus sebanyak 120 bulan gaji kepada pekerjanya.

Memetik laporan The Korea Herald, Hyundai Oilbank menyaksikan keuntungannya meningkat sebanyak 226 peratus pada suku ketiga 2022 sahaja.

Daripada jumlah itu, syarikat petroleum dan penapisan Korea Selatan itu menjana keuntungan S$2.9 bilion (2.8 trilion won) sekali gus mendorong pekerjanya diberi 1,000 peratus daripada gaji tahunan mereka.

Bagaimanapun, Hyundai Oilbank tidak mendedahkan jumlah khusus bonus yang diberikan, namun pekerjanya sebelum ini juga dilaporkan pernah menerima bonus pada kadar 600 peratus pada 2021.

Menurut sumber, hasil pendapatan itu didorong oleh pencerobohan berpanjangan Rusia ke atas Ukraine dan permintaan yang lebih besar untuk pemanasan pada musim sejuk – sebagai faktor untuk rangsangan itu.

Advertisements

Dalam perkembangan sama, syarikat minyak & gas utama lain dijangka mengumumkan kadar bonus yang sama iaitu melibatkan syarikat SK Energy, S-Oil, dan GS Caltex yang akan mengumumkan bonus tidak lama lagi.

Sebelum ini, syarikat kapal kontena Taiwan, Evergreen Marine Corp dan Yang Ming Marine Transport Corp mengumumkan bonus akhir tahun lumayan untuk para pekerja selepas mencatatkan keuntungan syarikat yang kukuh sehingga 52 bulan gaji kepada pekerjanya.

Menurut laporan Liberty Times, jumlah berkenaan lebih tinggi berbanding bonus 40 bulan gaji yang diberikan pada tahun lepas.

Rata-rata pekerja diberi ganjaran bonus akhir tahun antara 10 hingga 45 bulan gaji, manakala mereka yang menunjukkan prestasi kerja yang luar biasa pula akan menerima bonus bersamaan 52 bulan gaji.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan