25.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Tak munasabah hapus, kurangkan pencen pesara – Anwar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KHABAR angin bahawa Kerajaan Perpaduan akan mempertimbangkan penghapusan atau pengurangan pencen pesara termasuk bekas anggota Kabinet adalah tidak munasabah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana perkara itu membabitkan soal peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, cadangan memansuhkan atau mengurangkan pencen anggota Kabinet harus diteliti dan dirujuk semua pihak.

“Pencen bekas anggota Kabinet… pencen ini sebagaimana diketahui (adalah) peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

“Ada uar-uar kononnya Kerajaan Perpaduan ini akan menimbangkan untuk menghapuskan pencen (pesara) atau mengurangkan itu tidak munasabah kerana isu ini soal Perlembagaan dan harus diteliti dan dirujuk semua pihak,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad sebelum ini bahawa kerajaan mampu menjimatkan antara RM100 juta hingga RM150 juta perbelanjaan negara setiap tahun sekiranya pencen bekas anggota Kabinet dimansuhkan.

Anwar berkata, apa yang boleh dilakukan ketika ini adalah membatalkan kemudahan biasa dan peruntukan kereta untuk anggota Kabinet berikutan ia membabitkan pentadbiran dan bukan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Terdahulu, Noor Amin dilaporkan berkata, berdasarkan sistem semasa negara dan jumlah bekas Kabinet yang layak menerima pencen, kos yang ditanggung untuk Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen adalah RM100 juta hingga RM150 juta setahun.

Menurutnya, pihak berkenaan sepatutnya tidak perlu diberikan pencen kerana ia dibayar berdasarkan cabang sistem eksekutif, bukan legislatif dan cukup sekadar mengambil gratuiti yang lumayan.

-EDISI9

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan