32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Sharnaaz mengaku tidak bersalah ‘hentam’ pengawal keselamatan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PELAKON Sharnaaz Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki di sebuah kondominium di Jalan Dutamas, 16 Jun tahun lalu.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di depan Majistret Atiqah Mohamed@Mohamad Saim.

Mengikut kertas pertuduhan, pelakon itu didakwa pada 16 Jun 2022, 8.30 malam ketika berada di kawasan lif sebuah kondominium dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang individu berusia 27 tahun.

Berikutan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Dalam prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin Akbal menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam mewakili Sharnaaz, Abu Bakar Isa Rahmat memohon mahkamah mengenakan ikat jamin rendah dengan alasan OKS memberi kerjasama baik ketika siasatan dijalankan.

Majistret kemudiannya membenarkan Sharnaaz diikat jamin RM2,000 dan menetapkan 6 Mac untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, pelakon filem ‘Juvana’ berkenaan tiba di perkarangan mahkamah pada jam, 9.30 pagi tadi.

Bapa kepada seorang anak itu hadir di mahkamah dengan memakai baju kemeja biru gelap dan ditemani peguamnya, akan didakwa bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Menerusi laporan media sebelum ini, pelakon berusia 38 tahun itu telah direman tiga hari, selepas disyaki menumbuk dan menendang seorang penghuni kondominium di Segambut, Jun lalu.

Pelakon yang mendiami kondominium sama dilapor menumbuk dan menendang mangsa selepas rakan mangsa hendak menghantar minyak masak dilarang memasuki kawasan itu oleh pengawal keselamatan.

Ia disusuli pertengkaran mulut antara mangsa dengan pengawal keselamatan sebelum pelakon terbabit memukul mangsa. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan