31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Shahidan cadang Zahid kekal presiden seumur hidup

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kekal sebagai Presiden UMNO seumur hidup.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Arau itu juga mencadangkan agar kes mahkamah Ahmad Zahid ditangguhkan sehingga lima tahun supaya beliau boleh mentadbir negara dengan aman dan damai.

“Saya mengucapkan tahniah kerana presiden sebuah parti tidak perlu dipertandingkan.

“Saya mencadangkan agar beliau (Ahmad Zahid) menjadi presiden seumur hidup dan kes mahkamah ditangguhkan sehingga lima tahun supaya beliau boleh mentadbir negara dengan aman dan damai.

“Takziah juga buat perwakilan yang telah kalah dalam usul tambahan tersebut. Jangan bimbang, jumpa saya di Parlimen tanpa tolak ansur,” katanya dalam Facebook hari ini.

Ujar beliau lagi, tahniah juga kerana berjaya membawa “Perwakilan Import” yang dibawa masuk untuk kali yang ketiga.

Advertisements

Terdahulu, dua jawatan tertinggi UMNO melibatkan Presiden dan Timbalan sah tidak dipertandingkan pada Pemilihan UMNO akan datang.

Ketua Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata perkara itu dicapai dan mendapat persetujuan majoriti daripada perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022).

Menurutnya, keputusan dimuktamadkan selepas perwakilan bangun dan mengangkat tangan pada sesi pengundian agar dua jawatan berkenaan tidak dipertandingkan.

“Bahagian UMNO lebih 90 peratus sokong kepada usul ini supaya tidak diadakan ada pemilihan dan solidariti untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan