34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Selamat Hari Pongal – Anwar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Pongal kepada seluruh komuniti Tamil di negara ini.

Anwar berkata, masyarakat Tamil meraikan perayaan Pongal sebagai tanda kesyukuran atas rezeki yang bertambah.

Menurut beliau lagi, hari besar penganut Hindu ini turut menjadi simbol pemangkin bagi menolak amalan atau sikap lama serta mengangkat perubahan dan mencipta anjakan baharu.

“Semoga perayaan tahun ini juga dapat memberi kesejahteraan, keceriaan dan kesihatan yang lebih sempurna untuk semua.

“Selamat Hari Pongal kepada seluruh komuniti Tamil di Malaysia,” katanya dalam Facebook hari ini.

Sementara itu, Menteri Perpaduan, Ago Anak Dagang dan seluruh kementerian mengucapkan Selamat Menyambut Thaiponggal buat semua masyarakat India di Malaysia.

Menurut beliau, Pongal dalam bahasa Tamil bererti “melimpah-ruah.”

“Thaiponggal, dirayakan ketika masa menuai, secara tradisi bertujuan berterima kasih kepada Dewa Matahari dan ternakan ladang yang membantu menghasilkan kekayaan harta benda.

“Dengan masyarakat India Malaysia menyambut bulan Thai yang menandakan suatu permulaan baru, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ‘Ponggal Vaalthukal’ dan semoga ia membawa limpahan kemakmuran,” katanya dalam Facebook hari ini.

Menteri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) Mohamad Sabu turut menzahirkan ucapan sama di laman Facebooknya.

“Susu lembu yang melimpah apabila dipanaskan dalam periuk belanga tanah liat melambangkan kekayaan yang melimpah ruah.

“Saya dan seluruh warga MAFS mengucapkan Selamat Hari Pongal kepada seluruh masyarakat India di Malaysia. Semoga perayaan tahun ini disambut dengan penuh keceriaan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan