34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

‘Scammer’ buat 1.8 bilion panggilan sasar mangsa sejak 2017

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Komunikasi dan Digital (KKD) merekodkan sejumlah 1.8 bilion panggilan telefon dilakukan sindiket penipuan sejak 2017 hingga tahun lalu.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, pada masa sama sejak 2018, pelbagai agensi di bawah kementerian itu berjaya mengekang 300 juta penipuan menerusi mesej pesanan ringkas (SMS).

Menurut beliau, ia membabitkan lingkungan 12 hingga 14 jenis penipuan atau scam yang antaranya menawarkan perkhidmatan dan pekerjaan.

“Saya ingin mengingatkan sempena Tahun Baharu Cina ini, pasti ramai yang akan keluarkan duit simpanan dan sebagainya. Tolong hati-hati dengan scammer di musim perayaan ini.

“Sejak 2018, sebanyak 300 juta scam SMS yang telah berjaya dikekang, tetapi masih berlaku lagi. Jadi peringatan saya kepada rakyat Malaysia supaya tolong berhati-hati ketika dalam suasana perayaan ini.

“Sudah pasti akan ada yang menangguk di air keruh bagi mengambil kesempatan. Jika anda mangsa scam, tolong cepat hubungi talian 997 supaya kita boleh block (kekang) wang daripada keluar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka MCA di Wisma MCA, Kuala Lumpur, hari ini.

Mengulas langkah yang diambil pihaknya ke atas sindiket penipuan dalam talian, Fahmi menjelaskan, agensi di bawah KKD seperti Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bekerjasama dengan syarikat perkhidmatan telekomunikasi termasuk entiti di kementerian lain.

Antara agensi kementerian lain yang terlibat adalah Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan (NFCC) dan Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC).

“Pertemuan pertama saya dan pasukan dengan Timbalan Menteri Kewangan dan kedua pada Jumaat. Kami lihat beberapa perkara ke hadapan yang kami perlu lakukan termasuk mengemaskini undang-undang.

“Ia termasuk meningkatkan lagi kesedaran dalam kalangan rakyat termasuk mengadakan kempen bulan kesedaran kebangsaan mengenai scam.

“Kita kena ada satu peningkatan kesedaran tentang cara-cara scammer ini beroperasi dan dalam masa sama, kita lihat satu tindakan bersepadu antara KKD, Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Luar (KLN) kerana kita dapati sejumlah panggilan scam ini tidak berlaku dalam negara tetapi merentasi sempadan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan