Wednesday, July 22, 2026

Usah diperpanjang retorik perkauman yang merosakkan – Anwar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan masyarakat di negara ini untuk tidak usaha memanjangkan lagi retorik perkauman yang merosakkan.

Malah menurut beliau, masyarakat sewajarnya terus menyemarakkan rasa cinta dan rahmah antara kaum.

Beliau berkata dalam satu hantaran di Facebook selepas Menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pagi tadi bersama pimpinan Kerajaan Perpaduan.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menzahirkan perasaan gembira apabila dapat hadir semula ke Wisma MCA selepas 25 tahun.

Beliau berkata, walaupun perbezaan parti dan pandangan dari semasa ke semasa, MCA sebagai satu rakan politik lama tidak pernah putus persahabatan.

“Terima kasih kepada MCA khususnya Presiden, Datuk Seri Wee Ka Siong kerana menjemput saya dan Azizah ( Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail).

“Dalam penjara tak sempat datang jadi sekarang ini ada ruang dan nampak bukan sahaja kemesraan, tetapi satu haluan dalam banyak pandangan dan isu.

“Saya juga banyak berbincang dengan Presiden MCA dan nampak (perbincangan) kita tumpu pembangunan dan ekonomi Malaysia,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tindakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mempertahan pengagihan wang segelintir individu kepada pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebagai satu sedekah, Anwar enggan mengulas.

Sebaliknya beliau menegaskan mahu menumpukan kepada sambutan perayaan Tahun Baharu Cina berbanding mengulas isu berkenaan.

“Saya mahu tumpu Hari Raya Cina,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan