25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Remaja meninggal dunia akibat lemas mandi di Tasik Cermin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERIANGAN tujuh rakan bermandi-manda di Tasik Cermin, Setia Alam tengahari tadi, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka dipercayai lemas sebelum disahkan meninggal dunia.

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada 12.16 tengah hari sebelum tiba di lokasi pada 12.30 tengah hari tadi.

“Kumpulan remaja ini dipercayai turun ke tasik itu untuk mandi-manda, berkemungkinan 11 pagi hingga 12 tengah hari.

“Siasatan awal mendapati, kejadian ini membabitkan tujuh remaja dan semasa sedang mandi, mereka menyedari kehilangan rakan mereka yang dipercayai lemas.

“Gerakan mencari dan menyelamat mangsa sedang dilakukan sekarang oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Advertisements

Norazam berkata, mangsa ditemui lebih kurang 15 kaki dari tebing sungai.

Katanya, mangsa yang lemas adalah Muhammad Khairul Hamizan Mustapa yang tinggal di Sementa dan bersekolah di Klang.

“Kesemua mereka termasuk mangsa berumur 16 tahun,” katanya.

Ujar beliau, mayat mangsa yang lemas kemudiannya terus dibawa ke Hospital Shah Alam untuk siasatan lanjut- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan