29.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Polis mohon bantuan orang ramai kesan Mohd Irfan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS memohon bantuan orang ramai untuk mengesan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dilaporkan hilang di universiti itu sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pelajar itu dikenali sebagai Mohd Irfan Hakimi Azhar, 22, beralamat di Bilik Asrama, Blok Delima, Kolej Canselor, UPM, Serdang.

Beliau berkata, bapanya membuat laporan polis pada Isnin lalu dan sebelum kehilangan pelajar itu, bapa mangsa ada menghubungi anaknya untuk bertanyakan khabar namun tiada sebarang respons pada hari sama.

“Bapanya ada menghubungi Mohd Irfan pada 9 pagi tetapi tiada jawapan. Pada hari sama, jam 2 petang, bapanya telah meminta bantuan adiknya (adik kepada bapa mangsa iaitu pakcik mangsa) yang tinggal berdekatan UPM untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Adik kepada bapa mangsa telah menghubungi rakan sebilik Mohd Irfan yang hanya dikenali sebagai Oh (pelajar jurusan Pengajian Pengguna, UPM) dan menjelaskan anaknya itu dilihat kali terakhir semasa hendak pergi solat Jumaat menaiki motosikal jenis Yamaha LC135 bernombor pendaftaran RAC 5095,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar A Anbalagan lagi, sehingga kini, Mohd Irfan masih belum pulang ke rumah atau balik ke bilik penginapan di UPM, Serdang serta masih gagal dihubungi oleh ahli keluarga.

Mohd Irfan mempunyai kad pengenalan bernombor 011113-10-0213, berketinggian 171 sentimeter seberat 65 kilogram dan mempunyai nombor telefon 013-6831710.

“Mohd Irfan berkulit cerah, kurus, rambutnya tebal dan lurus, memakai cermin mata dan tidak mempunyai sebarang parut atau tatu pada badannya,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan Mohd Irfan diminta menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Kipli Rajak di talian 019-6177188 atau mana-mana balai polis berdekatan.

-EDISI9

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan