24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

TPM mahu Jawatankuasa Sosial diberi kuasa badan penyelia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JAWATANKUASA Sosial yang ditubuhkan untuk menangani isu penderaan dan masalah sosial berkaitan kanak-kanak diharap diberikan kuasa bertindak sebagai badan penyelia mengenai perkara berkaitan pendidikan, hak dan jenayah terhadap golongan itu.

Pengerusinya yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan memperhalusi terlebih dulu mengenai penubuhan jawatankuasa berkenaan secepat mungkin kerana ia turut membabitkan isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Saya melihat perlantikan ini sebagai satu tanggungjawab dan amanah yang besar memandangkan isu penderaan kanak-kanak belum dapat dituntaskan.

“Malah, terdapat beberapa isu lain berkaitan kanak-kanak masih lagi berlegar dan belum mendapat pembelaan yang sewajarnya. Kanak-kanak memerlukan perlindungan dan perhatian kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Ahmad Zahid lagi, turut ditangani dalam jawatankuasa itu adalah permasalahan anak-anak yang berbapakan warga asing atau beribukan warga asing akan turut ditangani oleh jawatankuasa itu dengan pelaksanaan dalam kadar segera oleh Kementerian Dalam Negeri.

Advertisements

“Ini juga merupakan satu lagi usaha di bawah Kerajaan Perpaduan yang prihatin untuk memberi pelindungan kepada kanak-kanak yang tidak sah taraf,” katanya.

Pada masa yang sama, Zahid turut merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, yang mencadangkan agar satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menjaga hak dan kesejahteraan kanak-kanak.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan memutuskan mengenai pelantikan Pesuruhjaya Kanak-Kanak untuk menganggotai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Ia adalah cabang khas yang ‘autonomous’ di bawah Suruhanjaya itu bagi meneliti dan mendepani banyak masalah melibatkan penderaan dan masalah-masalah sosial yang lain melibatkan kanak-kanak.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan