24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Polis tangkap lelaki sakit mental mengamuk guna pisau

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan seorang lelaki tempatan selepas dia mengamuk menggunakan pisau di kawasan apartment Taman Lembah Maju, Pandan Indah, Selangor, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian pada jam 10.51 pagi itu, pihaknya telah menerima panggilan daripada orang awam yang mendakwa seorang lelaki memegang pisau pemotong daging sedang mengamuk.

“Bertindak atas maklumat yang diterima, pasukan Unit Kereta Peronda (MPV) bergegas ke lokasi kejadian dan menangkap suspek lelaki warga tempatan berusia 45 tahun itu.

“Susulan daripada tangkapan terbabit, kami turut merampas sebilah pisau pemotong daging berhulu kayu dengan lilitan tali rafia, panjang lebih kurang 30 sentimeter (cm),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Ujar Farouk, suspek bekerja sebagai tukang gunting rambut merupakan seorang pemegang kad sakit mental dan mempunyai rekod serta sedang menjalani rawatan di wad kuning psikiatri di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Suspek telah dirujuk ke HKL sebaik sahaja tangkapan dibuat manakala, ujian saringan air kencing akan dijalankan selepas rawatan selesai.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan