25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

PAU 2022 akan berlangsung 11 hingga 14 Januari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERHIMPUNAN Agung UMNO (PAU) 2022 akan berlangsung selama empat hari bermula 11 hingga 14 Januari di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Perhimpunan Agung UMNO Khas (EGM) juga akan diadakan pada hari Jumaat selepas ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“PAU Khas itu diadakan untuk meminda dua Perlembagaan UMNO agar selari dengan Rang Undang-Undang Akta Anti Lompat Parti.

“Pada kali ini akan diadakan juga PAU Khas bagi membuat pindaan pada dua fasal perlembagaan UMNO.

“Berkaitan dengan akta lompat parti sebelum ini elemen gugur ahli tidak berkaitan sangat dengan akta ini, jadi nak dijadikan selaras masukkan elemen ini bagi pengguguran mereka yang jadi ahli UMNO apa bila mereka keluar parti merujuk kepada akta tersebut,”katanya.

Advertisements

Turut dipinda adalah pertambahan perwakilan pada PAU2022 kali ini di mana ketua penerangan bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri secara automatik menjadi perwakilan dalam PAU setiap tahun.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas yang diadakan di Auditorium Menara Dato Onn, di sini, petang tadi.

Hadir sama, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan; Setiausaha Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosni Sohar; Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Hasmuni Hassan dan Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Nurul Hazwani Haslan.

PAU2022 yang sebelum ini dijadualkan pada 21 hingga 24 Disember lalu telah ditangguhkan kepada 11 Januari sehingga 14 Januari depan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan