31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Cukuplah 9 tahun, 7 Mac sebutan kes – Puteri Sarah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“CUKUPLAH sembilan tahun saya jadi isteri kepada Mohd Syamsul… Nampaknya, tiada rezeki sudah,”

Itu reaksi pelakon Puteri Sarah Liyana ketika menjelaskan tarikh sebutan kes permohonan cerai terhadap suami, Syamsul Yusof yang ditetapkan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini pada 7 Mac depan.

Tarikh berkenaan secara kebetulan, sehari sebelum ulang tahun kesembilan perkahwinan mereka iaitu 8 Mac.

Puteri Sarah berkata, kita mulakan (kehidupan rumah tangga) pada 8 Mac (2014), kita habiskan 8 Mac ini.

“Sepanjang tempoh perkahwinan terutama ketika mereka dilanda krisis, Sarah sudah melaksanakan tanggungjawab terbaik sebagai isteri.

“Sarah juga sudah jalankan tanggungjawab dengan terbaik di samping sudah berbincang dengan keluarga termasuk mentua, berjumpa ustaz dan melakukan solat istikharah agar diberi petunjuk,” katanya.

Terdahulu, Puteri Sarah Liyana yang nekad untuk menuntut cerai daripada suaminya, pengarah terkenal Syamsul Yusof menganggap keputusan yang dibuat itu muktamad.

Dia yang kelihatan bersemangat dan ceria ketika tiba di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur di Jalan Duta berkata, tiada lagi peluang kedua untuk pengarah filem Munafik itu.

“Tiada peluang kedua. Keputusan muktamad,” katanya yang mengenakan jubah hitam diiringi peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader.

Puteri Sarah tiba di perkarangan mahkamah diiringi adik-beradiknya sekitar jam 10.25 pagi.

Pelakon berusia 38 tahun itu sebelum ini telah menyatakan sudah fikir masak-masak di atas tindakan memfailkan perceraian tersebut.

Media sebelum ini melaporkan Puteri Sarah nekad untuk memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik.

Selain itu, dia juga enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua di Thailand, baru-baru ini. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan