25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

PTPTN santuni keperluan pendidikan anak veteran tentera

YVATM peruntuk RM1 juta dalam akaun Simpan SSPN Prime kepada 1,000 orang anak-anak veteran ATM lahir pada tahun 2022

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

YAYASAN Veteran Angkatan Tentera Malaysia (YVATM) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi kerjasama strategik menyantuni keperluan pendidikan anak-anak veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Majlis menandatangani MoU itu diadakan di Menara PTPTN itu disempurnakan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, Mejar Jeneral Zambery Jefry Darus manakala PTPTN diwakili Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid.

Ia disaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Seri Abdul Razak Jaafar.

PTPTN dalam satu kenyataan berkata, kerjasama itu merangkumi pelbagai skop iaitu program insentif simpanan anak veteran ATM, program dermasiswa anak ATM dan veteran ATM.

Menurutnya, ia turut merangkumi bersama meningkatkan kesejahteraan warga YVATM melalui pelbagai program di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR), program promosi produk serta perkhidmatan bersama dan program sahabat PTPTN.

“Kerjasama strategik ini, YVATM akan memberikan sumbangan dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime kepada 1,000 orang anak-anak veteran ATM lahir pada tahun 2022 dengan peruntukan kewangan berjumlah RM1 juta.

“Setiap anak kelahiran baharu akan menerima sumbangan sebanyak RM1,000,” katanya, hari ini.

Ujar kenyataan itu lagi, objektif utama sumbangan adalah bagi memastikan anak-anak kelahiran baru ini mempunyai simpanan pendidikan untuk digunakan selepas berusia 18 tahun untuk membiayai kos melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

Dalam pada itu, YVATM turut memberi sumbangan berjumlah RM215,500 melalui Program Insentif Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia 2021 kepada 431 anak-anak veteran ATM.

“Setiap pelajar akan menerima sumbangan dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime bernilai RM500.

“PTPTN turut memberi sumbangan dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime melalui Program Dermasiswa berjumlah RM50,000 untuk 500 anak ATM dan veteran ATM yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), ia adalah sebagai motivasi dan galakan kepada pelajar kerana berjaya memasuki Intitut Pengajian Tinggi,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan