24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Bukit Larut ditutup sepenuhnya susulan tanah runtuh

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KAWASAN peranginan Bukit Larut di Taiping, Perak ditutup sepenuhnya kepada umum ekoran kejadian tanah runtuh pada pukul 3 petang tadi.

Menurut kenyataan Pengurusan Bukit Larut, kejadian itu menyebabkan sebahagian kakitangan mereka yang dalam perjalanan turun terkandas di Kilometer (KM) 10 lokasi peranginan tersebut.

“Sebahagian kakitangan Pengurusan Bukit Larut yang terkandas dalam perjalanan turun dari stesen dan banglo penginapan di KM10 terpaksa menggunakan jalan pintas hutan untuk kembali ke kaki bukit.

“Kejadian tanah runtuh melibatkan kawasan-kawasan sebelum Watermelon hingga ke Pondok 1. Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah dimaklumkan untuk tindakan sewajarnya,” katanya hari ini.

Advertisements

Terdahulu, Pengurusan Bukit Larut memaklumkan, kejadian tanah runtuh turut berlaku di laluan jalan JKR sebelum Tea Garden Bukit Larut semalam.

Menurutnya, ekoran kejadian tanah runtuh tersebut, langkah keselamatan sementara telah diambil oleh pihak JKR dengan memasang plastik menutupi kawasan rebak bagi mengelak kesan hakisan berterusan.

“Kon-kon dan pita keselamatan juga telah dipasang bagi menandakan kawasan laluan yang terjejas,” katanya. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan