26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Michelle Yeoh cipta sejarah, raih Anugerah Golden Globes

Fahmi anggap kemenangan pelakon antarabangsa itu sebagai menakjubkan dan satu penghormatan kepada negara

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TAN Sri Michelle Yeoh mencipta sejarah apabila menjadi pelakon Malaysia pertama menerima Anugerah Golden Globes selepas dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem (Muzikal/Komedi) yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Michelle, 60, berasal dari Ipoh, Perak itu memenangi gelaran tersebut menerusi filem Everything Everywhere All At Once.

Beliau menewaskan calon lain termasuk Lesley Manville menerusi filem Mrs Harris Goes to Paris, Margot Robbie (Babylon), Anya Taylor-Joy (The Menu) dan Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grande).

Baru-baru ini, beliau turut diumumkan sebagai Ikon Tahun 2022 oleh majalah Time.

Michelle dalam ucapannya sempena anugerah ke-80 itu menyifatkan kemenangan tersebut sebagai mimpi yang menjadi kenyataan.

“Saya menempuh perjalanan dan cabaran yang cukup hebat untuk sampai ke tahap ini. Segala-galanya berbaloi.

“Saya masih ingat hari pertama menjejakkan kaki di Hollywood, ia umpama mimpi menjadi kenyataan. Sehinggalah saya berada di sini dan dilihat sebagai kelompok minoriti. Saya katakan pada diri, semua ini tidak mustahil.

“Masa berlalu, usia saya bertambah kepada 60, tahun lalu. Saya yakin semua wanita memahami perkara ini. Peluang menjadi semakin sempit seiring pertambahan usia, hari dan tahun,” katanya.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada Michelle atas kemenangan yang diperoleh bintang antarabangsa itu.

“Suatu pencapaian yang sungguh menakjubkan dan pastinya amat berbaloi. Satu penghormatan buat negara,” katanya menerusi ciapan ditwitternya.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan