29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Kemerosotan jumlah pelajar aliran sains jejas pembinaan negara

Jika masalah tersebut tidak dapat diselesaikan, beliau bimbang pembinaan negara akan terjejas teruk.

Mesti Baca

KEMEROSOTAN jumlah pelajar aliran sains di sekolah-sekolah menengah semakin membimbangkan dan situasi itu perlu ditangani dengan segera, kata Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Sains, Teknologi, Inovasi dan Pengajian Tinggi Kedah berkata, ia ekoran semakin ramai pelajar sekolah menengah terutama tingkatan empat tidak berminat memasuki aliran sains.

Katanya, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2012-2025 mensasarkan nisbah pelajar aliran sains dan sastera pada 2025 ialah 60:40 iaitu 60 peratus bidang sains manakala 40 peratus lagi aliran sastera.

“Namun sasaran tidak kesampaian. Bukan sahaja 60 peratus tak tercapai tetapi lebih teruk lagi peratusnya menurun daripada 40 peratus pada tahun 2012 pelajar mengambil aliran sains kepada hanya 18 peratus masa kini,” katanya, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Cempedak tersebut sebelum itu mengadakan lawatan ke Akademi Sains Malaysia (ASM) di Kompleks MATRADE, Kuala Lumpur.

Dalam lawatan itu Ku Abdul Rahman turut mengadakan perbincangan dengan bekas Presiden ASM, Prof Emeritus Datuk Dr Asma Ismail dan para pegawai ASM.

Ku Abdul Rahman Ku Ismail mengadakan pertemuan dengan Prof Emeritus Dr Asma Ismail (tengah) di Akademi Sainsa Malaysia di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, jika masalah tersebut tidak dapat diselesaikan, pihaknya bimbang pembinaan negara akan terjejas teruk.

“Malaysia memerlukan ramai jurutera, saintis dan tenaga kerja teknikal bagi memenuhi keperluan negara dalam pelbagai bidang termasuk mencipta produk-produk baharu dan mengaplikasi teknologi terkini seperti IOT (Internet of things).

“Syarikat-syarikat multinational yang melabur di Malaysia khususnya di Taman Teknologi Tinggi Kulim dalam sektor semikonduktor dan lain-lain juga sangat memerlukan jurutera-jurutera dalam disiplin elekrikal dan elektronik, mekanikal dan metatronik,” katanya.

Justeru, tegas beliau, jika pelajar-pelajar aliran sains terus menurun bagaimana negara mampu mengeluarkan seramai mungkin jurutera dan saintis bagi memenuhi keperluan.

Ku Abdul Rahman berkata, universiti awam dan swasta juga kini sedang menghadapi masalah mendapatkan pelajar-pelajar yang mengambil bidang kejuruteraan dan teknikal.

“Bagi saya kita sedang berhadapan dengan krisis nasional dalam perkara ini.
Malaysia akan terus kekal sebagai negara pemasang produk dan bukan pencipta produk jika perubahan besar tidak berlaku,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan