26.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

2 bot pukat ‘kenka’ ditahan tangkap ikan di kawasan larangan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ZON Maritim Kuala Kurau, Perak telah menahan dua bot nelayan tempatan jenis pukat kenka di kedudukan 12.1 batu nautika barat daya muara Kuala Kurau pada sekitar jam 1.30 petang, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, semasa rondaan rutin di perairan Kerian dan Larut Matang, pasukan bot peronda Maritim Malaysia telah mengesan bot-bot itu sedang melakukan aktiviti perikanan dan dirapati untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan, terdapat seramai empat kru nelayan warga tempatan termasuk tekong berumur antara 46 hingga 70 tahun di atas bot.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, kedua-dua bot itu memiliki lesen yang sah namun melanggar syarat menangkap ikan di kawasan yang tidak dibenarkan seperti yang tertera dalam lesen.

“Sebanyak 650 kilogram ikan baja turut ditemukan semasa pemeriksaan,” katanya di sini.

Baca juga:   PM cabar Malaysia bawa pulang emas pertama Olimpik

Beliau berkata, kesemua kru ditahan manakala bot dan hasil perikanan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu melakukan aktiviti perikanan di kawasan yang tidak dibenarkan,” katanya.

Sebarang aduan, salah laku dan kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh melaporkannya ke Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 atau MERS 999 untuk maklum balas segera. – Edisi 9

Baca juga:   521,923 dos, rekod vaksinasi harian tertinggi

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan