24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Anak beranak jaga kantung negara, inikah reformasi? – Armada

Apa jaminan skandal 1MDB takkan berulang dengan peranan yang tidak dipisahkan sebegini?

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ARMADA Bersatu membidas pelantikan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan di pejabat bapanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, pelantikan itu bukan sahaja mengkhianati reformasi yang dicanang oleh Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, malah bimbang kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berulang.

Ini kerana, katanya, dengan pelantikan tersebut, kedua-dua beranak iaitu Anwar yang juga Menteri Kewangan dan Nurul Izzah dipercayai mempunyai kuasa dalam menguruskan perbendaharaan negara.

“Anak beranak jaga kantung perbendaharaan negara. Inikah reformasi yang dicanang selama ini?

“Apa jaminan skandal 1MDB takkan berulang dengan peranan yang tidak dipisahkan sebegini? Apa kata Abang Mat (Mohamad) Sabu kita?

“Apa beza keluarga Anwar dengan keluarga (Donald) Trump? Adakah ini makna dan prinsip pentadbiran Madani yang nak dibangunkan untuk bawa Malaysia menjadi maju?,” tegas beliau dalam Facebook hari ini.

Advertisements

Semalam, Perdana Menteri mengesahkan telah melantikan Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan di pejabatnya sejak 3 Januari lalu.

Bagaimanapun Anwar menjelaskan, pelantikan tersebut sedikit pun tidak membabitkan pembayaran gaji dan elaun.

Sementara itu, Wan Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, pelantikan juga bertentangan dengan janji Nurul Izzah sendiri yang akan memisahkan peranan dan jawatan Menteri Kewangan dengan Perdana Menteri jika Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara.

Katanya, janji itu disuarakan oleh Nurul Izzah ketika bercakap dalam Forum Ekonomi Dunia (WEF) pada 2017 lalu.

“Ini bukan sekadar langgar janji tapi terus khianat agenda reformasi yang kamu laungkan saban tahun,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan