32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Johor tutup taman eko, trek pendakian, Hutan Taman Negeri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TAMAN Eko Rimba (TER), Taman Hutan Taman Negeri (HTN), trek pendakian dan laluan trek sukan 4×4 seluruh negeri Johor akan ditutup kepada orang awam bermula semalam.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ), Datuk Salim Aman berkata, penutupan itu adalah sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kejadian atau kemalangan yang tidak diingini pada musim tengkujuh.

Menurutnya, penutupan itu sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

“Taman eko, trek pendakian dan laluan kenderaan 4×4 dalam hutan simpan seluruh negeri ini akan ditutup kepada pengunjung.

Advertisements

“Ia sebagai langkah awal berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian buruk ketika musim hujan atau tengkujuh, berdasarkan laporan musim METMalaysia yang meramalkan hujan berterusan di negeri ini.

“Sebarang pelanggaran terhadap arahan itu akan diambil tindakan mengikut Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1985 Negeri Johor,” katanya seperti dilaporkan media hari ini.

Notis penutupan itu turut dimaklumkan di laman sosial rasmi jabatan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan