29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Jay Chao sedia tunda konsert, beri laluan Piala AFF

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BAGI meredakan keadaan berikutan 21,000 tempat duduk di Stadium Bukit Jalil ‘hilang’ sebanyak 21,000 tempat, penyanti Taiwan, Jay Chou meluahkan hasrat untuk menunda konsertnya.

Jay Chou menerusi InstaStorynya memaklumkan memaklumkan kesedian menunda tarikh konsert Jelajah Dunia Jay Chou di Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada 15 Januari depan itu kepada suatu tarikh baharu.

Menurutnya, langkah itu adalah untuk beri laluan kepada perlawanan separuh akhir Malaysia menentang Thailand.

“Peminat Malaysia, saya tahu kepentingan dan keutamaan yang anda letakkan pada bola sepak.

“Saya boleh menunda konsert saya tiada masalah, tetapi anda kena tanya kepada penganjur tempat adakah konsert saya boleh ditangguhkan?.

“Saya tidak apa-apa, asalkan saya boleh menyanyi hanya untuk peminat saya,” katanya hari ini.

Terdahulu, media melaporkan laman Instagram milik penyanyi antarabangsa itu telah diserang oleh netizen Malaysia dan pada masa sama, peminat Jay Chou turut tidak berdiam diri serta mengecam tindakan tersebut. 

Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menjelaskan bahawa 21,000 kerusi di Stadium Nasional Bukit Jalil terpaksa dikosongkan berikutan kerja-kerja pemasangan struktur pentas konsert berskala antarabangsa.

Menurutnya, pemasangan struktur pentas di lokasi konsert berkenaan telah ditempah awal oleh pihak penganjur artis terkenal dari Taiwan, Jay Chou sejak Mac 2019, turut melibatkan jumlah kru yang ramai.

-EDISI9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan