26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, January 30, 2023

BN, UMNO Sabah tarik sokongan terhadap Hajiji

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

UMNO dan Barisan Nasional (BN) menarik sokongan terhadap Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam satu sidang akhbar yang diadakan di bangunan UMNO Sabah pada malam Jumaat.

Menurut beliau, tindakan itu selepas BN dan UMNO Sabah hilang kepercayaan kepada Hajiji selepas mendapati pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu melanggar perjanjian antara BN dan Perikatan Nasional (PN) yang dimeterai selepas pilihan raya negeri (PRN) pada 2020.

“Hajiji telah mengugut kita (BN Sabah) tanpa berbincang, tanpa berunding dan sebagainya.

“Kami sebulat suara UMNO serta BN Sabah menarik diri, menarik sokongan kepada Hajiji Noor selaku Ketua Menteri,” katanya.

Petang tadi, Hajiji mengesahkan rombakan Kabinet Negeri Sabah akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

Perkara itu diumumkan dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Baca juga:   UMNO bakal laksana 'pembersihan' total - Puad Zakarshi

“Maklumat terperinci mengenai rombakan itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Sejak tengah hari tadi, timbul spekulasi bahawa Kabinet Negeri Sabah akan dirombak dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Sabah termasuk Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Timbalan Ketua Menteri akan digugurkan.

Turut dijangka digugurkan ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin yang juga Setiausaha BN Sabah.

Kedua-dua ADUN BN Sabah itu dijangka digugurkan susulan tindakan mereka yang dikatakan mengetuai gerakan menarik sokongan daripada Hajiji bagi membentuk kerajaan baharu bersama Parti Warisan (Warisan).

Baca juga:   Maritim Malaysia perketat kawalan perairan menjelang Aidilfitri

Perbincangan antara BN Sabah serta Warisan bagi membentuk kerajaan baharu masih berlangsung.

Kerajaan baharu itu dijangka mengangkat Bung Moktar sebagai calon Ketua Menteri dan lebih separuh ADUN BN Sabah menyokong keputusan pembentukan kerajaan baharu itu.

Buat masa ini, Warisan mempunyai 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala UMNO mempunyai 17 kerusi, menjadikannya 36 kerusi daripada 79 kerusi dalam DUN Sabah.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini mempunyai 29 kerusi, 15 daripadanya adalah bekas Bersatu; tujuh daripada Parti Bersatu Sabah (PBS); enam daripada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan satu daripada Parti Maju Sabah (SAPP).

GRS juga disokong oleh seorang ADUN bebas dan seorang ADUN Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS).

Baca juga:   Kanak-kanak 9 tahun maut dalam kemalangan dua kereta

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Kes bunuh di Tawau: Wanita dituduh bunuh bekas suami

SEORANG wanita tempatan dihadapkan di Mahkamah Majistret Tawau, Sabah, hari ini, atas tuduhan membunuh pemandu e-hailing yang juga bekas...

Lagi Artikel Berkaitan