29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

Hartanah Malaysia, Singapura, Thailand pilihan warga China

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMBELIAN kediaman di Thailand, kondominium di Malaysia dan pejabat di Singapura menjadi pertanyaan utama para pembeli terdiri daripada warga China kepada ejen-ejen hartanah dalam membeli hartanah.

Ramai warga China dilaporkan kini bersedia untuk melanjutkan rancangan pembelian hartanah selepas pemerintah memansuhkan kebanyakan sekatan dasar sifar COVID-19 dan membenarkan rakyatnya ke luar negara, memetik akhbar South China Morning Post (SCMP).

Menurut pengasas Transform Borders, Sulochana Uthirapathi, dia menyedari terdapat peningkatan pertanyaan daripada warga China yang merancang untuk berpindah ke Singapura bulan lalu.

Bercakap kepada program televisyen This Week, Uthirapathi berkata, firma yang mempunyai kepakaran dalam hal imigresen di Singapura itu menyaksikan peningkatan sebanyak 30 peratus dalam pertanyaan berhubung perkara berkenaan. 

“Kebanyakan daripada mereka adalah individu berpendapatan tinggi yang ingin berpindah ke Singapura.

“Bagi memindahkan keluarga mereka ke sini, satu cara adalah dengan menubuhkan pejabat keluarga, tetapi mereka juga mempunyai anak yang ingin datang ke sini untuk belajar,” katanya.

Baca juga:   Guru dipenggal tunjuk karikatur Nabi Muhammad kepada murid

Sementara itu, sektor hartanah di Malaysia dijangka melonjak selepas pemansuhan dasar sifar COVID-19 China kerana pemain industri menantikan kedatangan rakyat negara itu untuk memacu jualan.

Seorang perunding hartanah daripada Keller Williams Malaysia, Fifi Syafiza berkata, keputusan pemerintah China menarik balik larangan perjalanan membawa kepada urus niaga yang rancak kerana rakyatnya bergegas memuktamadkan pembelian hartanah di Malaysia.

Baca juga:   UMNO nafi bergabung dengan PH selepas PRU15

“Minat itu sentiasa ada, tetapi disebabkan larangan perjalanan sebelum ini, mereka menangguhkan pembelian,” katanya kepada This Week.

Pembeli dari tanah besar China membeli hartanah bernilai kira-kira AS$2 bilion (RM8.67 bilion) di Malaysia pada 2018.

Menurut Fifi, maklum balas segera daripada pembeli sejak sekatan perjalanan ditarik balik menunjukkan bahawa mereka boleh menjangkakan minat akan meningkat pada bulan-bulan akan datang.

Dalam pada itu, di Thailand, jualan kondominium diramal meningkat apabila pembeli dari China kini kembali ke negara itu.

Memetik laporan media tempatan, SCMP berkata, terdapat peningkatan dalam pertanyaan mengenai sekolah antarabangsa dan rumah persaraan di Thailand. – Agensi

Wartawan

Terkini

PM ucap takziah kepada keluarga mendiang Gopal Sri Ram

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Timbalan Pendakwa Raya Kanan yang juga...

Lagi Artikel Berkaitan