25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Cyberjaya dilanda ribut, beberapa kenderaan dihempap pokok

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Bomba dan Penyelamat (JBPM) Cyberjaya menerima aduan empat pokok tumbang dalam kejadian ribut yang berlaku di kawasan tersebut petang tadi.

Pegawai Kanan Bomba Kanan II JBPM Cyberjaya, Mahamad Ramdani Doriat berkata, insiden pokok tumbang itu dilaporkan berlaku di empat kawasan antaranya di Jalan Universiti Multimedia Malaysia selain berdekatan McDonald’s berhampiran Majlis Perbandaran Sepang (MPS).

“Aduan pertama kami terima kira-kira pukul 5.10 petang dan terus mengerahkan anggota ke tempat kejadian untuk melakukan kerja-kerja pembersihan bagi membolehkan aliran trafik bergerak seperti biasa.

“Kerja-kerja pembersihan pokok tumbang di empat lokasi terbabit juga turut dibantu oleh MPS dan keadaan kini telah kembali seperti biasa,” katanya seperti dilaporkan media hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sepang, Aiman Athirah Sabu  berkata, ribut yg melanda bahagian kawasan Cyberjaya petang tadi telah mengakibatkan banyak pokok tumbang dan ada yang menimpa beberapa buah kenderaan.

“Difahamkan kerosakan sebenar masih diteliti. Kita masih berada dalam musim cuaca yang tidak menentu. Diharap semua dapat berhati-hati dan senantiasa cakna kepada laporan iklim semasa.

“Semoga semua dalam peliharaan Allah jua,” katanya yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam Facebook hari ini.

Terdahulu tular di media sosial beberapa rakaman video yang dimuat naik orang ramai berhubung kejadian ribut hingga menyebabkan beberapa jalan terhalang akibat pokok tumbang.

Selain dilaporkan berlaku di Universiti Multimedia Malaysia, ribut itu juga dilihat membadai kawasan di sekitar Malakat Mall.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan