24.8 C
Kuala Lumpur
Friday, February 3, 2023

Wang bantuan awal persekolahan RM100,000 dilarikan perompak

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

WANG bantuan awal persekolahan berjumlah lebih RM100,000 yang diperuntukkan untuk sebuah sekolah di Beranang, Selangor hilang dilarikan penjenayah.

Difahamkan, wang berkenaan baru sahaja dikeluarkan oleh pengetua sekolah terlibat sebelum cermin kenderaannya dipecahkan ketika pergi membeli minuman.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, pengetua berkenaan mengeluarkan wang bantuan awal persekolahan  dari sebuah bank di pekan Semenyih yang sepatutnya diagihkan kepada pelajarnya esok.

“Sejurus selepas mengeluarkan wang berkenaan, dia menuju ke arah kenderaannya yang terletak kira-kira 30 meter dari bank.

“Difahamkan, wang itu diletakkan di bawah kerusi penumpang hadapan. Dia kemudian ke kedai makanan bersebelahan bank untuk membeli minuman.

“Namun sebaik sahaja tiba semula di kenderaannya, didapati cermin bahagian penumpang pecah dan wang telah hilang,” katanya hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi Buletin TV3 mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Baca juga:   MQA, EMGS kukuh kerjasama akreditasi program pelajar antarabangsa

Wartawan

Terkini

Cerun runtuh: Jalan depan Balai Polis Senawang ditutup sementara

JALAN Persiaran Senawang 3 (N035) berhadapan Balai Polis Senawang, ditutup sementara kepada semua jenis kenderaan akibat cerun runtuh di...

Lagi Artikel Berkaitan