29.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Polis tahan 2 warga asing ketuai mogok di Genting Highlands

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA orang warga asing ditahan polis selepas dipercayai mengetuai mogok di Amber Court, Genting Highlands, Bentong, Pahang, kira-kira 8.00 pagi, pada 2 Januari lalu.

Dua individu tersebut dikatakan mengetuai 200 orang pekerja asing yang melakukan mogok, di mana kejadian itu telah ditularkan melalui laman media sosial ‘TikTok’ milik ‘yubrajkarki3’.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar, bertindak di atas maklumat berkenaan, pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong bergegas ke tempat kejadian.

“Setelah tiba di tempat kejadian, didapati hampir 200 orang yang disyaki warganegara asing berkumpul dan berhimpun melakukan mogok serta diketuai oleh dua orang lelaki tersebut.

“Pihak polis telah memberi amaran kepada ‘ketua’ yang mengetuai mogok itu supaya bersurai dan tidak melakukan kacau ganggu di tempat awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Zaiham lagi, kumpulan warganegara asing itu bagaimanapun tidak mengendahkan amaran polis dan tindakan terpaksa diambil kerana ‘ketua’ kumpulan cuba bertindak agresif serta tidak memberi kerjasama

Menurutnya, pihak polis terpaksa menahan kedua-dua lelaki berkenaan dan dibawa ke Balai Polis Genting Highlands untuk disiasat.

“Punca berlaku kejadian mogok itu disebabkan berlaku perselisihan faham antara syarikat dan pekerja yang melakukan mogok itu.

“Pihak syarikat memaklumkan, punca mogok akibat daripada ketidakpuasan hati pekerja berkenaan gaji dan jadual kerja,” jelasnya.

Zaiham berkata, pihak polis berjaya mengawal keadaan setelah menasihatkan pihak pengurusan dan kumpulan yang melancarkan mogok untuk berbincang dan tidak menimbulkan sebarang kekecohan dan menganggu ketenteraman awam.

“Mohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan perkara ini telah selesaikan oleh pihak pengurusan serta pekerjanya dengan cara baik atas nasihat pihak polis.

“Pemantauan di lokasi berkenaan juga dilakukan secara berkala,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan