26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Stuart antara muka baharu Lembaga Pengurusan MSN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Stuart Ramalingam antara tiga muka baharu yang dipilih mengisi jawatan Ahli Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN) bagi penggal ke-23.

Turut dilantik dalam Mesyuarat Lembaga Pengurusan MSN yang diadakan semalam ialah Datuk RN Subramaniam yang mewakili Majlis Paralimpik Malaysia serta ahli politik dan pengamal undang-undang, Alan Ling Sie Kiong.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ketika mengumumkan nama-nama tersebut berharap kesemua mereka yang dilantik membantu pengurusan MSN.

“Stuart Ramalingam yang mempunyai pengalaman luas dalam sektor industri sukan dan Alan Ling Sie Kiong yang mempunyai pengalaman dalam sektor perundangan dan pengurusan badan sukan.

“Mesyuarat kali ini telah membincangkan cadangan penambahbaikan program dan tadbir urus pengurusan Majlis termasuk dalam aspek keberkesanan pengurusan kewangannya,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Baca juga:   Jom Ziarah Gereja tak libat belia Islam - Hannah Yeoh

Beliau berkata, turut dibincangkan adalah inisiatif penjanaan pendapatan menerusi penajaan turut dibincangkan bagi program-program yang dikenalpasti khususnya bagi memastikan talent pipeline yang lebih berkesan di peringkat pembangunan.

“Mesyuarat turut diberikan laporan perkembangan beberapa program utama Majlis seperti Program Gold Paris 2024 dan program-program lain yang dikendalikan oleh Pengurusan Majlis,” katanya. – Edisi 9


LEMBAGA PENGURUSAN MSN PENGGAL KE-23

PENGERUSI – Hannah Yeoh

AHLI-AHLI:

  • Tan Sri Mohamad Norza Zakaria
  • Datuk Lee Chong Wei
  • Datuk Hamidah Naziadin
  • Idwan Ariff Abdul Rahman
  • Nurul Huda Abdullah
  • Datuk Subramaniam Raman Nair
  • Stuart Michael Ramalingam
  • Alan Ling Sie Kiong
Baca juga:   Rabies ragut satu lagi nyawa di Sarawak

Wartawan

Terkini

KPM dalam proses akhir muktamad Dasar Pendidikan Digital

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) dalam proses akhir untuk memuktamadkan Dasar Pendidikan Digital (DPD) yang akan menjadi elemen penting dalam...

Lagi Artikel Berkaitan