26.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Pendaki wanita hilang di Bukit Tabur ditemui selamat

Mangsa ditemui dalam keadaan sedar namun mengalami kecederaan akibat terjatuh dalam kawasan gaung

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENDAKI wanita yang dilaporkan sesat ketika mendaki Bukit Tabur pada Ahad lalu ditemui selamat.

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, mangsa, S Sangeta, 26, ditemui jam 11 pagi, Selasa selepas dua hari dilaporkan hilang.

Menurutnya, mangsa ditemui dalam kawasan gaung pada kedalaman 30 meter selepas terjatuh dari puncak bukit.

“Mangsa ditemui dalam keadaan sedar namun mengalami kecederaan akibat terjatuh dalam kawasan gaung.

“Anggota dalam usaha membawa mangsa naik ke tempat selamat,” katanya dalam kenyataan di sini.

Norazam berkata, seramai 55 orang pegawai terdiri dari pasukan Multi Skill Team (MUST) JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Hutan dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) dibantu dua anjing pengesan terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu.

Baca juga:   Agensi pelancongan tipu badal haji boleh ditarik lesen

“Operasi SAR terbahagi kepada dua trek laluan pendakian,”katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan pendaki agar melaporkan aktiviti pendakian kepada pihak berkuasa bagi mengelak insiden sama berulang.

“Penggemar aktiviti riadah ini juga tidak digalakkan masuk ke kawasan hutan secara berseorangan,” katanya.

Ahad lepas, media melaporkan seorang wanita dikhuatiri sesat ketika mendaki bersendirian di Bukit Tabur pada Ahad.

Mangsa dikatakan naik ke Bukit Tabur dari Tabur East jam 7 pagi sebelum menghubungi adiknya memaklumkan telah tersesat di suatu kawasan di Bukit Tabur empat jam kemudian. – Edisi 9

Baca juga:   Padah hina Islam, penghantar makanan didenda RM50,000

Wartawan

Terkini

KPM dalam proses akhir muktamad Dasar Pendidikan Digital

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) dalam proses akhir untuk memuktamadkan Dasar Pendidikan Digital (DPD) yang akan menjadi elemen penting dalam...

Lagi Artikel Berkaitan