24 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023

Tamat pegawai kontrak LHDN bukan kepentingan peribadi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENAMATAN pegawai kontrak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak didorong oleh kepentingan peribadi mana-mana pihak.

LHDN dalam satu kenyataan menjelaskan penamatan tersebut adalah erdasarkan hasrat untuk meningkatkan kecekapan operasi agensi berkenaan.

Menurut kenyataan itu lagi, proses kerja di agensi itu telah melalui pelbagai fasa digitalisasi yang pesat sekali gus membolehkan kebanyakkan tugasan dan fungsi kerja di LHDN diautomasikan.

“LHDN telah memperkemaskan struktur organisasinya yang mana turut melibatkan penstrukturan sumber manusia.

“Pelaksanaan ini turut melibatkan isu mengkaji semula keperluan untuk menggaji pegawai kontrak bulanan dan harian di agensi ini,” katanya hari ini.

Ujar kenyataan itu lagi, keputusan untuk tidak meneruskan amalan menggaji pegawai kontrak bulanan dan harian telah dibuat pada tahun 2018 dan diputuskan untuk dilaksanakan secara sepenuhnya bermula pada 1 Januari tahun hadapan.

“Namun demikian, pemakluman berkenaan keputusan untuk tidak mengambil pegawai kontrak ini telah pun dijelaskan seawal tahun 2022 kepada para pegawai yang terlibat,” katanya.

Baca juga:   Rahsia orang Mekah rawat sendiri penyakit

Jelas kenyataan itu lagi, pemakluman itu bertujuan untuk memberi ruang dan masa kepada pegawai yang terkesan untuk mengatur perjalanan kerjaya mereka selain mencari peluang pekerjaan di pasaran terbuka.

Menurutnya, hasil kutipan cukai langsung negara tidak boleh digunakan semata-mata bagi tujuan penyambungan kontrak para pegawai ini seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Sementara itu, LHDN berkata penawaran lantikan ke jawatan tetap ke peringkat lebih tinggi iaitu ke peringkat eksekutif turut diberikan kepada pegawai-pegawai kontrak berdasarkan merit kelayakan dan kesesuaian jawatan.

Baca juga:   Najib tanya, adakah hasil rompakan dikenakan cukai?

Walau bagaimanapun, lantikan ke jawatan tetap secara menyeluruh kepada semua pegawai kontrak tidak dapat dilaksanakan bagi memastikan keseimbangan peluang antara calon kategori lain yang berkelayakan seperti calon dalam kalangan pegawai tetap sedia ada dan calon daripada luar LHDN.

“LHDN turut mengambil inisiatif membantu pegawai yang terkesan untuk mendapatkan pekerjaan melalui penganjuran program bersama dengan syarikat-syarikat ejen cukai.

“Contohnya, agensi ini terlibat dalam penganjuran program MYFutureJobs yang dilaksanakan oleh PERKESO kepada pegawai kontrak yang sedang berkhidmat di LHDN. Program ini adalah salah satu kaedah pencarian kerja dalam kalangan pegawai kontrak yang bakal menamatkan perkhidmatan dengan pihak kami pada 31 Disember nanti,” katanya.

Penamatan ini akan melibatkan seramai 42 orang pegawai kontrak bulanan dan 998 orang pegawai kontrak harian. 

Baca juga:   Semak status sekatan perjalanan sebelum ke luar negara

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Dr Amalina rasa bangga dijemput ke Istana Buckingham, London

SIAPA yang tidak rasa bangga apabila dapat menjejakkan kaki di Istana Buckingham, London. Begitulah yang dirasai pakar bedah kelahiran Malaysia,...

Lagi Artikel Berkaitan