25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

AFF: Tak puas hati mutu pengadilan, FAM hantar surat rasmi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) telah menghantar surat rasmi berhubung mutu pengadilan sewaktu perlawanan Kumpulan B, Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 Vietnam menentang Malaysia di Stadium My Dinh, Hanoi pada Selasa lalu.

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata, tindakan itu juga dibuat selepas pihaknya turut mendapatkan pandangan daripada Jawatankuasa Penilai Pengadil FAM, Datuk S. Sivasundaram.

“Surat rasmi yang menyatakan ketidakpuasan hati FAM terhadap tindakan dan keputusan pengadil pada perlawanan berkenaan telah pun dihantar ke Setiausaha Agung AFF, Winston Lee pada petang tadi.

“Ia bagi memastikan tindakan selanjutnya dapat diambil oleh badan induk bola sepak Asia Tenggara itu,” katanya dalam Facebook rasmi FAM, hari ini.

Advertisements

Sebelum ini, Ketua Jurulatih Vietnam, Park Hang Seo memberi gambaran bahawa Malaysia tiada alasan untuk merungut terhadap keputusan pengadil ketika aksi Piala AFF 2022 di Stadium My Dinh.

Vietnam melebarkan rekod tanpa kalah berdepan Malaysia apabila mencipta kemenangan 3-0 dalam aksi Kumpulan B itu dan merampas kedudukan teratas.

Bagaimanapun timbul ketidakpuasan hati setelah pertahanan negara, Azam Azmi Murad dilayangkan kad merah malah Vietnam dihadiahkan sepakan penalti.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan