24 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023

Keluh resah pesakit isu waktu menunggu dapat perhatian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KELUH resah pesakit tentang perkhidmatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) termasuk isu waktu menunggu yang lama di Jabatan Kecemasan mendapat perhatian Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Beliau terdahulu mengadakan tinjauan ke Jabatan Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Dr Zaliha berkata, mendengar keluhan pesakit terutamanya mengenai waktu menunggu sewaktu melakukan tinjauan mengejut di Jabatan Kecemasan HTAR.

“Rata-rata pesakit yang ditemui memberitahu perlu ada penambahbaikan waktu menunggu.

“Ketika sesi lawatan mengejut itu juga, saya turut mendengar cadangan daripada petugas-petugas kesihatan Jabatan Kecemasan HTAR bagi menambah baik perkhidmatan kesihatan dan menzahirkan keprihatinan terhadap isu yang dibangkitkan.

“Saya juga akan memperkukuhkan inisiatif yang telah diambil HTAR sebelum ini dan akan melihat sama ada ia boleh diguna di Jabatan Kecemasan lain.

“Antara inisiatif HTAR ialah menyediakan wad bagi pesakit stabil yang dijangka pulang selepas dua atau tiga hari (short stay ward).

Baca juga:   Kurikulum pendidikan berubah, mentaliti masih ditakuk lama

“Selain itu, menggunakan teknologi digital bagi menguruskan penggunaan katil serta berkomunikasi antara kakitangan hospital dan kakitangan di Klinik Kesihatan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, segala maklum balas yang diterima telah dibawa ke mesyuarat bersama pasukan di KKM bagi menambah baik masa menunggu di Jabatan Kecemasan. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Dr Amalina rasa bangga dijemput ke Istana Buckingham, London

SIAPA yang tidak rasa bangga apabila dapat menjejakkan kaki di Istana Buckingham, London. Begitulah yang dirasai pakar bedah kelahiran Malaysia,...

Lagi Artikel Berkaitan