24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Syarikat swasta dilarang taja penjawat awam lawatan ke luar negara

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERBENDAHARAAN menetapkan pembiayaan kos lawatan ke luar negara oleh penjawat awam berkaitan perolehan kerajaan, bukan lagi dibiayai syarikat swasta.

Menerusi pekeliling baharu Tugasan Ke Luar Negara berkaitan Perolehan Kerajaan PK 2.14 yang berkuat kuasa Selasa lalu, menetapkan kos itu dibiayai sepenuhnya melalui obligasi kontrak.

Pekeliling itu menetapkan, pembiayaan terhad kepada tugasan pemeriksaan sebelum penerimaan (PDI), Ujian Penilaian Kilang (UPK), Laporan Pemantauan Projek (PMR), Mesyuarat Pelapiran Eksekutif (ERM), Ujian Akhir Penerimaan (FAT),Transfer of Title (TOT); dan latihan.

Keperluan dan kos pembiayaan tugasan ke luar negara dinyatakan dengan jelas di dalam tawaran serta kontrak perolehan berkenaan.

Kos itu hendaklah berdasarkan kelayakan rasmi mengikut gred pegawai merangkumi bilangan pegawai terbabit, elaun makan minum, kos pengangkutan, penginapan, lain-lain elaun, tempoh lawatan atau latihan, tarikh tentatif dan kekerapan lawatan atau latihan.

Bilangan pegawai terbabit dengan tugasan, hendaklah dihadkan kepada yang perlu sahaja serta berkaitan dengan kepakaran teknikal perolehan berkenaan.

Bilangan wakil kerajaan hendaklah tidak lebih daripada tiga orang pegawai sahaja, terdiri daripada seorang pegawai yang terbabit dengan perolehan dan sekurang-kurangnya seorang pegawai teknikal.

Nilai perolehan bagi tugas ke luar negara selepas pelawaan tender, hendaklah melebihi RM10 juta kecuali perolehan haiwan.

Keperluan dan bilangan wakil kerajaan untuk mengadakan tugasan ke luar negara telah dinyatakan dengan jelas di dalam dokumen kontrak dan kos pembiayaan tugasan ditanggung oleh kerajaan.

Advertisements

Agensi hendaklah memastikan bahawa harga tawaran syarikat, termasuk kos tugasan untuk wakil kerajaan.

Tempoh tugasan yang dibenarkan adalah tidak melebihi tujuh hari (tidak termasuk hari perjalanan) kecuali bagi program latihan yang perlu ditentukan berdasarkan syarat kontrak.

Jika perolehan itu akan membabitkan lawatan atau latihan ke luar negara, agensi hendaklah menyatakan sedemikian di dalam dokumen pelawaan tender bahawa pembekal atau kontraktor hendaklah menyatakan anggaran kos berkaitan secara berasingan dan jelas dalam tawaran tender.

Jika tender telah dipelawa tanpa menyatakan kos lawatan atau latihan yang terbabit, maka agensi tidak dibenarkan untuk membuat sebarang lawatan atau latihan berkaitan perolehan itu.

Amalan menerima lawatan atau latihan yang dibiayai pembekal atau kontraktor adalah dilarang sama sekali dan pegawai kerajaan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Pembekal atau kontraktor yang menawarkan lawatan atau latihan keluar negara boleh diambil tindakan termasuk disenarai hitam dan tidak dipertimbangkan untuk perolehan lain.

Menerusi pekeliling sebelum ini, pembiayaan kos lawatan ke luar negara berkaitan perolehan kerajaan hendaklah dibiayai sepenuhnya menggunakan peruntukan tahunan Belanja Mengurus di bawah agensi masing-masing.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan