24.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 2, 2023

Lelaki mabuk, positif ganja langgar dua kenderaan ditahan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki dipercayai memandu dalam keadaan mabuk, ditahan selepas melanggar dua buah kenderaan di Jalan Budiman 2, Taman Sungai Mas dekat Kulai, Johor, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, dalam kejadian kira-kira 8.15 malam, individu berusia 51 tahun itu memandu Proton Saga ditahan di lokasi kejadian.

Menurutnya, lelaki itu melanggar bahagian belakang dua kereta Proton Persona, namun kemalangan itu tidak membabitkan sebarang kecederaan.

“Pada awalnya, anggota polis peronda MPV menerima maklumat mengenai individu itu yang ditangkap oleh orang awam berikutan kemalangan terbabit.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati individu itu disyaki dalam keadaan mabuk dan hasil siasatan mendapati dia telah melanggar bahagian belakang sebelah kanan dua buah kereta yang ketika itu berhenti di persimpangan jalan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca juga:   Tukang sebar video anggota APM ingkar arahan ditahan

Ujar Beng Yeow lagi, suspek didapati positif ganja dan mempunyai rekod jenayah.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

-EDISI9

Wartawan

Terkini

EMRAZ sasar 12,000 jemaah menerusi pembiayaan umrah AmBank Islamic

EMRAZ Travel & Tours (EMRAZ), sebuah agensi pelancongan dan pengendali umrah dan haji menyasarkan sebanyak 12,000 jemaah bakal menggunakan...

Lagi Artikel Berkaitan