30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Sultan Muhammad V hubungi, beri pengampunan tanpa syarat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian bahawa beliau tidak pernah memohon pengampunan pada 2018 daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Muhammad V, kerana kesalahan yang sudah disabitkan.

Sebaliknya Ahli Parlimen Tambun itu berkata, Sultan Muhammad V berkenan mengambil inisiatif dan menelefon beliau untuk memberikan pengampunan penuh tanpa syarat kerana baginda mengikuti perkembangan perbicaraan kesnya.

Menurut Presiden PKR itu, apa yang diperjuangkan sebelum ini adalah bantahan terhadap penghakiman, yang disifatkan melanggar prinsip hukum.

“Saya harap Yang Berhormat khususnya dari Kelantan boleh mohon menghadap Sultan Muhammad V. Saya tidak mohon pengampunan kerana saya dihukum, itu adalah jelas.

“Kita bantah penghakiman yang melanggar prinsip hukum, mengada-adakan termasuk dalam kes pertama membuat pertuduhan peristiwa berlaku di bangunan yang belum ada, dan memaksa orang menjadi saksi atau mengambil siasatan sebelum pun laporan polis dibuat.

“Saya nak jelaskan di sini ini fakta, ialah (YDPA) menelefon saya dan menyatakan Anwar, saya akan beri pengampunan penuh kerana saya ikuti perkembangan perbicaraan saudara dan saya petik apa yang Baginda guna ialah travesty of the justice atau pelanggaran prinsip keadilan.

“Oleh demikian saya (Sultan Muhammad V) akan memberi pengampunan penuh segera,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini

Anwar berkata, Pas didakwa memainkan persepsi pembebasannya kerana ‘permohonan’ pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Pada April 1999, Anwar dijatuhi hukuman penjara enam tahun atas tuduhan rasuah, dan pada Ogos 2000 beliau dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun kerana kesalahan liwat.

Pada 2004, beliau dibebaskan selepas sabitan liwatnya dibatalkan tetapi pembebasannya dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada Mac 2014.

Beliau kemudian menerima pengampunan diraja dan dibebaskan pada 2018 sebaik Pakatan Harapan mentadbir negara.

Kemudiannya, Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah ketika itu melepaskan kerusi berkenaan, memberi laluan kepada Anwar bertanding pada 13 Oktober 2018 sebelum menang dengan majoriti 23,560 undi.

Anwar kembali bertanding dalam PRU15 di Tambun dan menang melawan penyandang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dengan majoriti undi 3,736 dan seterusnya memimpin Kerajaan Perpaduan kini.

-EDISI9 

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan