26.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

Kerajaan import sehingga 10 juta telur ayam sehari mulai Khamis

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN bersetuju untuk mengimport sehingga 10 juta biji telur sehari mulai Khamis ini bagi menampung keperluan dan permintaan pasaran tempatan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, langkah tersebut bertujuan mengawal harga telur di pasaran.

Beliau berkata, jumlah import telur itu sudah bermula sejak 15 Disember lalu dengan permulaan kemasukan import sebanyak 100,000 biji.

“Maka kita sudah buat perubahan dengan memberikan import bermula pada 15 Disember, 100,000 biji telur (import) dan mulai 22 Disember (Khamis), dua hingga 10 juta biji telur sehari akan dibawa masuk sehingga keadaan stabil dan keupayaan pengeluaran tempatan terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan usul Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Wang Masuk) 2022 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.

Baca juga:   Sindiket sembunyi dadah dalam mesin acuan industri

Jumaat lalu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) mengesahkan bekalan telur ayam yang diimport dari India tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

MAFS menerusi kenyataan akhbar berkata, bekalan telur import itu adalah bagi menampung kekurangan bekalan yang sedang dihadapi oleh negara sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, kementerian telah membenarkan kemasukan telur ayam dari India pada hari ini melalui laluan udara sebagai fasa percubaan bagi memastikan telur ayam yang diimport menepati segala piawaian yang ditetapkan.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Pelantikan Nurul Izzah tidak melibatkan elaun

PELANTIKAN Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, tidak melibatkan bayaran elaun. Menjelaskan perkara tersebut, Perdana...

Lagi Artikel Berkaitan