26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Mangsa banjir di lima negeri cecah 63,415 orang

Terengganu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 37,021 orang melibatkan 10,211 keluarga.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JUMLAH mangsa banjir di 21 daerah di lima negeri terus menunjukkan peningkatan dan kini mencecah 63,415 orang terdiri daripada 17,377 keluarga, setakat pukul 6 pagi ini.

Negeri yang terjejas ialah Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Berdasarkan laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Terengganu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 37,021 orang melibatkan 10,211 keluarga.

Kelantan pula merekodkan sejumlah 25,353 mangsa melibatkan 6,897 keluarga, manakala di Pahang, 934 mangsa daripada 235 keluarga.

Sementara itu di Johor, seramai 53 mangsa daripada 17 keluarga yang terjejas dengan banjir, dan Perak mencatatkan 17 mangsa melibatkan 17 keluarga.

Dalam pada itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meluluskan Perolehan Darurat sebanyak RM500,000 bagi membiayai keperluan segera serta bantuan kepada mangsa terjejas banjir di Terengganu dan Kelantan.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, peruntukan berkenaan adalah bagi memastikan barangan keperluan tambahan di stor, mini depoh dan pangkalan hadapan di daerah-daerah terjejas sentiasa tersedia.

Advertisements

“Petugas JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) akan terus memantau dan bersiap sedia sepanjang masa di kawasan yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Berhubung isu terputus pergerakan di Hulu Besut, Terengganu, Nancy berkata mesyuarat bersama Ketua Polis Negeri dan Ketua Jabatan Negeri petang tadi memutuskan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan digunakan bagi membantu JKM menghantar bantuan.

“Agensi seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pertanian dan Majlis Daerah Kuala Terengganu yang mempunyai kenderaan besar atau lori besar akan berkumpul di Depoh Bencana JKM Marang untuk membantu mengagihkan makanan dan barangan.

“Bagi mangsa yang tidak sempat berpindah ke PPS (pusat pemindahan sementara), mereka boleh berkumpul di premis awam lain seperti Pusat Pemulihan Dalam Komuniti dan JKM bersama Pusat Kawalan Operasi Bencana akan daftarkan PPS secara ad hoc untuk mereka mendapatkan makanan dan keperluan asas,” katanya.

Berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, luruan angin dan hujan lebat di Pantai Timur dijangka berterusan sehingga 21 Dis dan kejadian ini kemungkinan menyumbang kepada peningkatan kawasan-kawasan yang akan terjejas.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan