24 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023

Tiga remaja maut kereta Honda dinaiki terbabas

Ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan anggota badan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIGA remaja maut manakala seorang lagi parah selepas kereta mereka naiki terbabas di Kilometer 63.5 Jalan Alor Setar-Butterworth di Sungai Petani, Kedah awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu kereta, Muhammad Aiman Rusdi, 17, serta dua rakannya, Muhammad Izani Mohd Tuah, 15, dan Mohd Iman Mohd Akhir, 17.

Ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan anggota badan.

Dua lagi rakan mangsa, Muhammad Zulhakim Zulkhairi, 17, cedera parah dan kini masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, manakala Alif Danial Abdul Aziz, 15, pula cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata siasatan awal mendapati kereta dinaiki semua remaja itu dalam perjalanan dari Bakar Arang menghala ke Padang Temusu, sebelum dipercayai hilang kawalan lalu merempuh pembahagi kiri jalan.

Baca juga:   Guru, petugas Kemas dibenar berpolitik berkuat kuasa serta-merta – PM

“Kereta jenis Honda itu dipercayai dipandu laju dengan impak perlanggaran yang kuat menyebabkan pemandu dan penumpang hadapan serta seorang daripada tiga penumpang belakang maut di lokasi kejadian.

“Seorang penumpang di bahagian belakang cedera parah dan kini dirawat di HSAH, manakala seorang lagi hanya cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Zaidy, mayat ketiga-tiga remaja itu dihantar ke Unit Forensik HSAH untuk bedah siasat.

Baca juga:   [TERKINI] DUN Johor bubar selepas dapat perkenan sultan

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Dr Amalina rasa bangga dijemput ke Istana Buckingham, London

SIAPA yang tidak rasa bangga apabila dapat menjejakkan kaki di Istana Buckingham, London. Begitulah yang dirasai pakar bedah kelahiran Malaysia,...

Lagi Artikel Berkaitan