26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pecat 13 ahli: Presiden PBM diminta bertaubat

Larry Sng didakwa tetapi telah merosakkan sebuah organisasi yang ditubuhkan dengan niat yang mulia dan suci.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Larry Sng Wei Shien diminta bertaubat sebelum karma membalas segala perbuatannya, kata seorang bekas pemimpin parti itu.

Bekas Timbalan Pengerusi PBM Selangor, Datuk Roger Tan Seng Huat berkata, ini kerana Larry bukan sahaja telah memungkiri janjinya tetapi telah merosakkan sebuah organisasi yang ditubuhkan dengan niat yang mulia dan suci.

Beliau turut kesal kerana Ahli Parlimen Julau itu bertindak memecat keahlian 13 individu termasuk bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Menurutnya, dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) PBM yang berlangsung pada 1 Oktober lalu, semua ahli termasuk Larry telah bersetuju untuk mengangkat Zuraida sebagai Presiden dan perkara ini telahpun dimaklumkan kepada Pendaftar Pertubuhan secara formal.

Bagaimanapun, sebelum Pilihan Raya Umum Ke-5, Larry telah memungkiri janji dan menuntut bahawa beliau masih lagi Presiden parti, sedangkan semua tugas presiden telah dilaksanakan oleh Zuraida.

ROGER TAN SENG HUAT

“Larry Sng langsung tidak terlibat dengan apa jua gerak kerja parti termasuk segala program kebajikan yang banyak dilaksanakan oleh PBM sejak Disember 2021 lagi.

“Mungkin ‘nasihat’ Larry Sng supaya pemimpin lain dalam PBM untuk bermuhasabah perlu dihalakan kepada dirinya sendiri yang bertindak khianat kepada parti dan tidak langsung mempunyai semangat setiakawan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Roger berkata, Larry telah menunjukkan sifat buruk beliau sendiri dan berharap mana-mana pihak yang sedang dipujuk untuk bergabung sedar perkara tersebut agar perkara sama tidak berlaku kepada organisasi politik lain.

Advertisements

Katanya, sifat parasitik seperti itu tidak sewajarnya wujud di dalam mana-mana individu apatah lagi seseorang yang bergelar ahli Parlimen.

Roger berkata, PBM ditubuhkan dengan aspirasi murni untuk merevolusikan kehidupan rakyat melalui saluran politik demi meningkatkan taraf hidup mereka tanpa mengira agama dan bangsa.

Katanya, akibat ketidakjujuran dan mementingkan diri, segala perancangan yang telah dibuat tergendala dan kini PBM menjadi sebuah parti yang kucar-kacir di mata rakyat.

Unit Penerangan PBM dalam satu kenyataan memaklumkan pengguguran 13 individu berkenaan sebagai ahli parti selepas Ahli Jawatankuasa Disiplin mengadakan perbincangan lanjut bersandarkan Perlembagaan parti.

Selain Zuraida, turut dipecat ialah Naib Presiden 1, Rahimah Majid; Naib Presiden, Dr Sathiskumar; Naib Presiden 3, Muhammad Saiful Bahari Sahari; Setiausaha Agung, Nor Hizwan Ahmad; Ketua Pemuda, Na’im Brundage dan Ketua Penerangan, Zakaria Abdul Hamid.

Dalam PRU-15 lalu, PBM bertanding di lima kawasan Parlimen iaitu Julau, Ampang, Hulu Selangor, Kapar dan Labuan.

Bagaimanapun, hanya Larry yang memenangi dalam PRU tersebut sementara Zuraida kecundang di Parlimen Ampang.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan