25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Banjir: JAKIM diminta adakan solat hajat di 3 masjid utama

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diminta untuk mengadakan Solat Hajat di tiga masjid utama iaitu Masjid Negara, Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bagi memohon perlindungan, keselamatan dan kesejahteraan negara daripada musibah banjir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, selain itu, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga akan bekerjasama untuk turut mengadakan Solat Hajat di masjid-masjid dan surau-surau Wilayah Persekutuan.

“Saya berharap seluruh mangsa banjir dan ahli keluarga sentiasa tabah dan sabar dengan ujian ini.

“Semoga urusan seluruh anggota keselamatan, jentera barisan hadapan, sukarelawan dan semua pihak dipermudahkan Allah SWT jua,” katanya dalam kenyataan di sini.

Advertisements

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengambil langkah waspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa ketika dilanda musibah itu.

“Saya amat bersimpati dan berdukacita dengan keadaan mangsa banjir dan masyarakat yang sedang berhadapan dengan situasi.

“Semua pihak adalah dipohon mengambil langkah berwaspada serta sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa demi keselamatan diri dan keluarga masing-masing.

“Semua pihak juga adalah diseru untuk terus berdoa dan bermunajat memohon perlindungan, keselamatan dan kesejahteraan negara daripada musibah banjir serta kemudahan dan kesegeraan penemuan mangsa,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan