24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Dakwa terima RM15 juta: Muhyiddin serah pada peguam

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada peguam beliau untuk mengendalikan tuntutan saman fitnah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tuntutan saman fitnah yang difailkan Anwar adalah berkaitan dakwaan Muhyiddin, Anwar menerima RM15 juta daripada kerajaan Selangor semasa berkhidmat sebagai penasihat ekonomi negeri itu.

Saman fitnah difailkan oleh peguam cara SN Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi pihak Perdana Menteri yang menuntut ganti rugi am, pampasan, teruk dan teladan daripada Muhyiddin, yang dinamakan sebagai defendan.

Menurut Muhyiddin, beliau telah menerima writ dan pernyataan tuntutan saman fitnah daripada peguam Anwar.

“Oleh kerana Datuk Seri Anwar telah memilih untuk membawa perkara ini ke mahkamah, maka saya telah menyerahkan kepada peguam saya untuk mengendalikan kes ini mengikut lunas undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Anwar juga memohon injunksi untuk menghalang pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu daripada terus menyebut, menulis, menerbitkan, atau mengedarkan kata-kata fitnah yang disangkal, atau kata-kata yang mempunyai kesan sama atau serupa.

Pada 7 Disember, Anwar mengeluarkan surat tuntutan kepada Muhyiddin berhubung perkara itu tetapi tidak mendapat maklum balas, membawa kepada pemfailan saman itu.

Anwar menuntut agar permohonan maaf tanpa syarat disiarkan dalam akhbar dan media pilihannya. Beliau juga meminta pampasan atas “kerosakan serius” terhadap reputasinya.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar berkata kenyataan Muhyiddin itu dibuat pada 5 Disember dalam kempen bagi calon PN Azman Nasrudin di Taman Selasih, Kulim, menjelang pilihan raya Parlimen Padang Serai.

Advertisements

Kenyataan Muhyiddin disebarkan di TikTok dan mendapat kira-kira 1.1 juta tontonan, dikongsi 2,169 kali, mendapat 21,400 like serta 6,061 komen, menurut pemfailan mahkamah tersebut.

Anwar mendakwa keseluruhan ucapan Muhyiddin pada ceramah itu kemudian disiarkan di Facebook pada 8 Dis walaupun surat tuntutan telah dihantar kepada peguamnya sehari sebelumnya.

Beliau berkata, kenyataan Muhyiddin antara lainnya menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai dan tidak jujur.

Ia turut memberikan gambaran palsu bahawa beliau seorang pendosa, pembohong, tamak, dan munafik.

Kerajaan Selangor menafikan dakwaan Muhyiddin bahawa Anwar dibayar RM15 juta.

Juwairiya Zulkifli, setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata, Anwar hanya dibayar nilai token RM1 setahun untuk perkhidmatannya.

Maklumat itu telah direkodkan secara rasmi dalam Hansard DUN, jelasnya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan