24.9 C
Kuala Lumpur
Monday, January 30, 2023

Surat terbuka Hadi khas buat jemaah haji, umrah tak mengundi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengutuskan surat terbuka khas kepada jemaah haji dan umrah termasuk peniaga yang tidak mengundi.

Surat terbuka berkenaan juga menyertakan sekali firman Allah SWT dalam Surah al-Tawbah ayat 38 dan 39 serta Surah al-An‘am, ayat 153.

Menurut beliau, Islam itu dilaksanakan kewajipannya secara fiqh  iaitu kefahaman yang betul pada tiap-tiap rukun, cabang hukum dan amalannya. Termasuklah juga cara pelaksanaannya yang mengikut Fiqh al-Aulawiyyat iaitu mendahulukan keutamaan.

“Perkara ini sangat penting supaya ketinggian dan kemurnian Islam wajib dipelihara dengan baik, adapun pelaksanaannya pula dilakukan dengan istiqamah dan teratur tanpa terpesong ke kiri mahupun ke kanan,” katanya dalam Facebook hari ini.

Ujar Hadi lagi, tugas Rasulullah SAW pada akhir zaman selepas kewafatan Baginda adalah dipikul oleh kumpulan Islam yang istiqamah dengan memenuhi segala syarat dan sifat yang nyata dalam al-Quran.

“Saya dihadiahkan oleh satu kumpulan pelampau sebuah kitab baharu yang dikarang dalam bahasa Arab, dengan tujuan bagi mengharamkan pilihan raya dan mengundi.

“Alasan mereka adalah demokrasi Barat bukan daripada Islam, dan amalannya yang tidak didapati pada zaman Rasulullah SAW.

Menurut beliau, hujah sedemikian adalah salah, menggambarkan mereka buta agama dan terpesong daripada sifat ajaran Islam yang sempurna dan mampu sepanjang zaman mengikut pelaksanaan generasi awal khususnya para sahabat RA.

Baca juga:   HQE-2 jalani pembedahan otak secara sedar pertama di Sabah
Baca juga:   Keputusan MT malam ini tentukan UMNO kukuh atau berantakan

“Islam mewajibkan kepimpinan yang berintegriti yang disebut ‘adalah, beraqidah, beriman, di samping berilmu dan berakhlak mengikut acuannya.

Dalam pada itu, Hadi menjelaskan pendekatan memisahkan politik daripada agama adalah bentuk kemerdekaan yang diberikan kepada umat Islam dan negaranya.

“Maka, konsep sekularisme disuburkan ke dalam pemikiran penganut Islam yang jahil agama, walaupun mereka sayang kepadanya dan kuat berpegang dengan amalannya yang bersifat ibadat sahaja.

“Pada masa yang sama, mereka merosakkan agama dan menyerah diri kepada musuh Islam.

“Islam mendahulukan pendekatan damai dalam pergerakannya kepada seluruh manusia. Maka, demokrasi Barat memberikan kebebasan bersuara secara damai tanpa sebarang halangan.

“Inilah peluang yang diputuskan oleh para ulama’ dan pemimpin kumpulan Islam yang beristiqamah melangsungkan perjuangan Islam, walaupun banyak halangan dan tipu daya yang menjadi amalan musuh Islam yang mesti dihadapi.

Menurut beliau, pendekatan damai melalui konsep demokrasi wajib diambil peluang oleh umat Islam secara fardu ‘ain ke atas tiap-tiap orang Islam dalam hukum jihad menegakkan Islam di tempat masing-masing.

“Hal ini demikian kerana, pilihan raya dan mengundi merupakan jalan bagi mendapatkan kuasa pemerintahan semula kepada Islam, maka ia menjadi wajib hukumnya.

“Ulama’ Usul Fiqh menegaskan satu kaedah: Apa-apa perkara yang tidak dapat disempurnakan perkara yang wajib, melainkan dengannya maka ia menjadi wajib.

Ujar Hadi lagi, kira-kira 98 peratus orang bukan Islam dari seluruh negara dan pelosok dunia yang jauh dikerah untuk mara mengundi bagi mendapatkan kuasa dalam tanah air kita ini dengan menyokong DAP dan kumpulannya yang menjadi wadah perjuangannya, walaupun mereka mengeluarkan belanja sendiri.

Baca juga:   Kluster tempat kerja sumbang kes baharu, Sarawak kekal tertinggi

“Malangnya, orang Islam yang keluar mengundi hanya sekitar 60 peratus, menunjukkan orang Islam yang tidak menunaikan kewajipan mengundi walaupun alasannya kerana ibadat haji dan umrah, malah ada yang menunggu upah duit dan sebagainya.

Baca juga:   Pemilik syarikat pelancongan antara 5 ditahan

Menurut beliau, keadaan berkenaan dibimbangkan mereka itu melakukan dosa besar kerana telah melanggar perintah Allah SWT yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW.

“Berundur ketika musuh mara menentang Islam.

“Jika tugas mengundi sebagai salah satu cara yang damai pun tidak ditunaikan kewajipannya bagi memenangkan dan mempertahankan Islam serta bukannya terpaksa berperang, maka akibatnya adalah lebih besar dan lebih parah.

Dalam pada itu, Hadi mengucapkan syabas buat anak muda yang tampil ke hadapan (mengundi) walaupun ada yang jahil agama, masih mentah umurnya, namun mereka mendapat hidayah Allah SWT, matang akalnya, sayangkan agama dan bangsa.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Kemerosotan jumlah pelajar aliran sains jejas pembinaan negara

KEMEROSOTAN jumlah pelajar aliran sains di sekolah-sekolah menengah semakin membimbangkan dan situasi itu perlu ditangani dengan segera, kata Ahli...

Lagi Artikel Berkaitan