28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 23, 2025

Tragedi Batang Kali: Mayat ke-26 ditemukan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SATU lagi mayat ditemukan pada hari keenam operasi tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting Highlands-Batang Kali, Selangor, hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan setakat pukul 11.16 pagi, mayat lelaki dewasa itu dijumpai di sektor B (riverside).

“Ini menjadikan jumlah mangsa korban tanah runtuh yang berjaya ditemui adalah sebanyak 26 orang.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ke-6 masih diteruskan lagi bagi mencari baki tujuh mangsa yang masih hilang,” katanya hari ini.

Untuk rekod, jumlah mangsa yang terlibat dalam tragedi pada awal pagi 16 Disember lepas seramai 94 orang.

Daripada jumlah itu, 61 selamat, 26 meninggal dunia manakala tujuh masih hilang.

Advertisements

Hari keempat SAR dilaksanakan tiada petunjuk baharu ditemui dalam operasi melibatkan 125 pegawai dan anggota pelbagai agensi yang mendapat bantuan 11 jengkaut itu.

Hari kelima SAR juga pada mulanya tidak menemukan sebarang mangsa dan dipergiatkan dengan anggota pasukan ‘sweeper’ ditingkatkan empat kali ganda kepada 28 orang berbanding hanya tujuh orang, hari sebelumnya.

Pasukan sweeper itu terdiri daripada 14 pegawai dan anggota, masing-masing dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Setakat 8 malam semalam, tiada mangsa tragedi ditemui meskipun anggota penyelamat menemukan selimut, tong dan peralatan perkhemahan, ketika pencarian di sektor C (Riverside).

Namun, sekitar pukul 10.49 malam, mayat kanak-kanak perempuan ditemukan di Sektir C pada kedalaman 17 meter di bawah tanah.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Hasil Aneka Jaringan rekod peningkatan 35.19 peratus

ANEKA Jaringan Holdings Berhad (Aneka Jaringan), pakar pembinaan bawah tanah dan asas, dengan mengumumkan peningkatan hasil sebanyak 35.19 peratus...

Lagi Artikel Berkaitan