26.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 14, 2024

Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 dibatalkan – Anwar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan sambutan ambang tahun baharu 2023 di Dataran Merdeka dibatalkan susuluan tragedi banjir yang melanda beberapa negeri.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, keputusan tersebut mengambil kira keadaan banjir dan kesusahan rakyat ketika ini.

“Kita putuskan sambutan besar-besaran ambang tahun baharu di Dataran Merdeka dibatalkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya, hari ini. 

Untuk rekod, sambutan tahun baharu pada tahun lalu turut dibatalkan berikutan keadaan banjir yang melanda beberapa negeri pada ketika itu.

Perdana Menteri yang pada ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memutuskan untuk menggantikan sambutan dengan solat hajat dan doa selamat.

Advertisements

Ismail Sabri turut meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) untuk menganjurkan Solat Hajat dan Malaysia Berzikir Ambang 2022 di Masjid Putra, Putrajaya.

Dalam pada itu, menurut Anwar, mesyuarat Jemaah Menteri hari ini tumpu banjir di Kelantan dan Terengganu untuk pantau dan ambil tindakan segera.

Beliau turut mengingatkan bahawa kerajaan harus bertindak lebih cepat, pantas dan efisien dalam mengendalikan jentera pentadbiran serta jabatan yang menguruskan perniagaan.

“Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta beri perhatian segera isu kekurangan pekerja sektor perladangan, perkhidmatan dan pembinaan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Jelajah Dunia Akhir BWF: Belum mula kita dah layak ke ‘final’

GELANGGANG separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF baru dibuka petang ini namun Malaysia sudah pun layak ke pentas akhir...

Lagi Artikel Berkaitan