34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Agong zahir ucapan tahniah kepada Presiden Perancis

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menzahirkan ucapan setinggi-setinggi tahniah kepada Presiden Perancis Emmanuel Macron atas kejayaan pasukan bola sepak Perancis melayakkan diri perlawanan akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022.

Semalam, Seri Paduka Baginda telah berkenan berangkat menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 antara Perancis dan Maghribi di Stadium Al Bayt, Doha.

Turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut yang memihak kepada Perancis dengan keputusan 2 – 0, Emmanuel Macron.

Seri Paduka Baginda kini dalam rangka lawatan khas ke Qatar selama enam hari bermula pada 13 Disember 2022.

Advertisements

Lawatan khas ini adalah atas persilaan peribadi Yang Mulia Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani sempena temasya bola sepak Piala Dunia FIFA Qatar 2022.

Seri Paduka turut dijadualkan menerima menghadap beberapa pemimpin Kerajaan Qatar dan berangkat menghadiri majlis santapan bersama rakyat Malaysia di Qatar dalam rangka lawatan khas ini.

Seri Paduka Baginda dijadualkan berangkat tiba di tanah air pada 19 Disember 2022. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan