29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

‘Ya Allah, lindungi Keluarga Malaysia yang ku sayangi’

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November depan sebagai Hari Pengundian bagi PRU15 serentak dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) N66 Bugaya.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

“YA Allah, Kau lindungi Keluarga Malaysia yang ku sayangi.”

Demikian doa yang dipanjatkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelang hari pengundi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) esok.

Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bera kini menyerahkan sepenuhnya kepada kekuasaan Allah selepada dua minggu bertungkus-lumus berkempen di seluruh negara.

“Tiada yang lebih besar kekuasaan melainkan kuasa Allah SWT. Ya Allah Kau lindungi Keluarga Malaysia yang ku sayangi. Ya Allah Kau pelihara lah mereka dengan keberkatan-Mu.

“Ya Allah Kau sayangi lah mereka dengan limpah kasih sayang-Mu. Ya Allah sesungguhnya kami dambakan keredhaan dan kami dambakan keampunan.

“Kurniakanlah kerajaan yang stabil demi kemakmuran Keluarga Malaysia. Sesungguhnya hanya Allah tempatku berserah diri,” katanya menerusi Facebook beliau.

Ismail Sabri turut mengucapkan terima kasih kepada semua para jemaah yang menghadiri solat hajat di Masjid Darul Fikri, Bera, malam semalam.

“Setelah berusaha sedaya upaya saya untuk negara tercinta, selebihnya saya menyerahkan segalanya kepada kekuasaan Allah SWT.

“Kepada Allah kita bersujud dan tempat kita meminta pertolongan. Semoga Allah melindungi dan merahmati kita.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November depan sebagai Hari Pengundian bagi PRU15 serentak dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) N66 Bugaya.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan