25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Tokoh wartawan Indonesia puji kepimpinan Ismail Sabri

Konsep Keluarga Malaysia yang dibawa oleh Ismail Sabri benar-benar telah mensejahterakan rakyat negara ini.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA tokoh wartawan Indonesia memuji corak pentadbiran dan kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi konsep Keluarga Malaysia.

Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (ISWAMI), Asro Kamal Rokan berkata, konsep Keluarga Malaysia yang dibawa oleh Ismail Sabri benar-benar telah mensejahterakan rakyat negara ini.

“Tagline beliau Keluarga Malaysia menurut hemah (pendapat) saya itu sangat penting kerana keluarga yang baik akan melahirkan bangsa yang baik, keluarga yang sejahtera akan melahirkan bangsa yang sejahtera, keluarga yang cerdas akan melahirkan bangsa yang cerdas.

“Harus dimulai dengan unit paling kecil keluarga. Pak Ismail (Ismail Sabri) menurut saya berupaya memberikan kekuatan kepada keluarga sesuatu yang tidak terfikir oleh kebanyakkan pemimpin,” katanya baru-baru ini.

Beliau yang juga mantan Ketua Editor akhbar Republika dan menjadi Pengarah Eksekutif Agensi Berita Antara itu turut mengkagumi keperibadian Perdana Menteri.

ASRO KAMAL ROKAN

Katanya, Ismail Sabri tidak keterlaluan dalam menyampaikan gagasannya, menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh segenap masyarakat dan sangat komunikatif.

Asro yang sudah dua kali mengikuti kempen Pilihan Raya Umum (PRU) di Malaysia, selepas kali pertama pada PRU-12 berkata, Ismail Sabri bukan sekadar menyampaikan janji tetapi apa yang dikatakan akan dikotakan.

Advertisements

Sementara itu, Setiausaha Agung ISWAMI Indonesia, N  Syamsuddin CH Haesy pula melihat keupayaan Ismail Sabri memegang tiga kementerian sebelum ini sebelum diangkat sebagai Perdana Menteri.

Beliau yang juga Ahli Dewan Penasihat Persatuan Wartawan Indonesia (PWI) di Jakarta berkata, paling dikagumi apabila Ismail Sabri melancarkan jihad membasmi orang tengah.

“Ini merupakan komitmen yang sangat kuat dalam melindungi orang-orang kampung. Tumbuh dan berkembang sebagai subjek bukan objek pembangunan,” katanya.

N SYAMSUDDIN CH HAESY

Malahan, Ismail Sabri juga telah menubuhkan Mara Digital Mall sehingga membolehkan usahawan bumiputera dapat menjalankan perniagaan gajet.

“Ketika menjadi Menteri Pertahanan, Ismail Sabri menguatkan dimensi pertahankan bangsa Malaysia dimulai ketahanan keluarga. Ketahanan keluarga ini penting dengan pertamanya ketahanan kesihatan keluarga, kecedasan keluarga, ketiga kemampuan ekonomi keluarga,” katanya.

Beliau turut memuji cara Ismail Sabri menangani memerangi pandemik Covid-19 dan membina kekuatan rakyat menerusi dasar Keluarga Malaysia.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan